Thursday, June 23, 2011

Miliki la buku ini


Saya telah membelinya dan sedang membaca..belum pun habis setengah page lg tapi saya seolah bersyukur kerana saya digerakkan hati untuk membelinya..x tidak rugi langsung sy laburkan duit RM18 untuk ilmu.

Sy seorang ibu muda, baru setahun jagung dalam dunia keibubapaan. Tiada pengalaman untuk mendidik insan yg diamanahkan Allah. Ilmu apatah lg, sekelumit cuma. Sebab itu sy perlukan pembantu. Sy perlukan input kiri kanan atas bawah depan dan belakang. Sy tidak kisah untuk membeli apa2 pun yg dikategorikan dalam pendidikan, dunia mahupun akhirat. Semuanya menarik minat sy. Kadang sy tidak fikir dua kali untuk memilikinya. Sy rasa seronok.

Walaupun masa untuk sy membaca adalah terhad, tp sy suka membeli buku2 sebegini..biar penuh ruang di rak dgn buku walau satu pun sy tak pernah khatam tp sekurang2nya sy boleh belek jika ingin merujuk sesuatu. Dan jika boleh sy mahu jadikan satu ruang sbgai mini library di rumah.

Berbalik pd buku di atas, sebagai org Islam sy amat-amat galakkan ibu bapa mcm sy ni utk memilikinya. Beli lah..Banyak yg kadang kala kita tidak pernah terfikir untuk melakukannya tp dalam buku tu diterangkan apa aktiviti ke arah islam yg boleh kita amalkan untuk anak. Termasuk yg paling penting adalah cara untuk ajar anak solat, ajar anak mengenal Allah, mengenal kalimah Allah.

Cara buku ini ditulis pun mnarik..bukan sekadar ayat..tp segala aktiviti utk peringkat umur dlm tempoh 2 thn tu diasingkan dengan cara yg mudah dibaca dan dirujuk untuk setiap bab. Jika umur anak anda tidak capai 2 thn lg, belum terlambat untuk memilikinya.

Last but not least, sy memetik kata2 dari dalam buku ini, " pendidikan 2 thn pertama lebih bermakna dari pendidikan 4 thn di universiti "

7 comments:

Unknown said...

Wah menarik juga buku nih. Beli kat mana?

FAD RMLN said...

beli kat mana yana buku ni? nak jugak lah.

mun said...

eh yeke yana....yana beli kat mana??mph ada tak????

Nurul aziyana said...

kasih kita, fad, mun: kt kedai buku biasa jer ade jual..beli la

Yantieazan said...

wah kena mencari ni..;)

CaHaYa^KetEnaNGan said...

nurul dah ada..beli masa pesta buku hari tu..tp blom baca, bila yana ckp, terus balik tengok2 dah ada..baca je blom..huhuhu

Hanani Hamid ( Ticer Nani ) said...

nak carik gak la buku ni...nani pun sangat suka membaca ni