Thursday, July 28, 2011

Teringin..sebelum berakhir tahun 2011

Dah lama dah..ingt skrip ni? ala masa Tun dr Mahathir bgtahu nk letak jawatan tu..heeeeeheeee...Hurm nk cakap jugak..Dah lama dah teringin..xpasti sejak bila tp mmg dh lama impian dan keinginan nk beli MESIN JAHIT..

Aku sebenarnya xpandai pun menjahit. Setakat jahit kain sarung boleh la kot. Last aku menjahit guna mesin masa buat beg untuk subjek kemahiran hidup form 3..Lepas tu xsentuh dah. Itu pun pinjam mesin jahit mak sedara. Nk jahit baju kurung, jauh sekali rasanya. Memang xpandai. Pernah belajar tp sampai gunting kain je..Menjahit xbuat, doh guane tu. Memang xhabis belajar. Dah kalau xpandai menjahit buat apa nk beli mesin??

Aku nk belajar.
Sekarang ni nk belajar tak semestinya kene masuk kelas, attend kursus ke apa. Online pun boleh. Bukannya xde video tutorial jahit baju kt internet ni. Yang penting, keinginan untuk mencuba, untuk belajar. Mana la tahu bila ada objek depan mata, baju sepasang ke, langsir ke, sarung bantal ke terhasil. Dapat buat baju kurung ke Husna pun bagus jugak :). Kan best tu.

Tapi satu je cabaran aku. aku xtau model ape brand ape mesih jahit yg sesuai untuk beginner mcm aku ni. Kalau boleh nk yg portable. Senang nk usung nk simpan. Dan kalau boleh yg ade banyak jenis jahitan. Lg satu nk yg murah le..Heheh banyak songeh pulak. So pd sape2 yg tahu boleh suggest ek, nnt aku usha..

Tp setakat ni cam berkenan yg ni, model Brother LS2160:


Description:
* 23 stitch functions (14 stitches)
* 4-step automatic buttonholer
* Built-in stretch blind stitch and elastic stitch
* Sews straight, satin and zigzag stitches
* Free arm/flat bed convertible sewing surface
* Auto-set stitch length and stitch width
* Buttonhole fine adjustment
* Twin needle for two color sewing
* Thread tension control dial
* Quick bobbin winding system
* Electronic speed control
* Built-in light illuminates the sewing area
* Snap-on presser feet
* Safety power and light switch
* Forward and reverse sewing
* Multi-language instruction book
* Lightweight and compact with built-in handle for portability

7 comments:

mun said...

wah mau beli mesin jahit rupanya.....kalau minat oklah yana..kalau mcm mun nie..hurm tak kot....

Aishah Rahim said...

Ada jugak semangat nak belajar. Aishah ni langsung hampeh. Kekekeke. Harap hantar kat orang jelah gamaknya.

Unknown said...

sama yana
sama.. yang ni abpe ringgit yana??

Nurul aziyana said...

mun : hehehehe sangat minat mun tp bakat kurang

aishah: xper, aishah rajin kemas umah..kelebihan jugka tu

dayu: yg ni survey rm599..tu yg paling murah kalau portable

fana said...

nak jugak..

Ida Iar said...

mcna,beli jangan tak beli..nnt boleh jahit baju sdri, utk husna sekali.. ehehe..brother ni ok jugak kualitinye setanding juga la dgn singer..cuma dr segi harga lebih murah sket berbanding singer. klu rasa nk yg bwh rm1k either yg LS2160=rm599 atau XL2630=rm799.klu ade bajet lebih boleh capai yg computerised plg murah nv10 la..rm1099.

tapi klu bleh pegi sdri kat kdai2 jual mesin jahit ni..minta diorg demokan cara penggunaan each mesin yg kita berkenan.sure kat situ lg boleh buat perbandingan mn yg paling sesuai utk kegunaan kita yg beginner lg.

ida amik yg computerised nv30 sbb utamanya nak menjahit tgh mlm. ms anak2 dh tdo sbb yg computerised tak mengganggu tdo org lain tgh2 mlm tu.tak membising la kata org..kbtln ade bajet lbih sket.
;)

stkt ni ida baru 2 psg baju siap for me n humaira.maklum la menjahit hjg mggu or mlm hari yg tak letih sgt.insya Allah another pasang lagi coming soon..hehe.tak rugi membeli klu kita mmg nak guna pakai. klu buat tukun tu lain citer arh.

takpun cer gi forum WC ni..
http://www.wanitamelayu.com/forum/forumdisplay.php?f=1839
diorg discuss pasal mesin2 jahit yg dijual oleh LSN.

Ida Iar said...

skrg tgh promosi kat brother.. nv10 cuma rm899 aje till mid sept ni. biasa rm1099.