Thursday, December 12, 2013

Day 3: A place or thing that you are in love with.(Pick one)

Masuk hari ke-3, tengok pada tajuk macam terfikir-fikir pulak ape la tempat yang buat ku jatuh cinta ni. Macam takde je..sedih betul. Takpe, kita since tajuk tak cakap tempah tu dah berkunjung ke belum, maka saya bebas untuk tulis.

A place or thing that you are in love with : KOREA

Kenapa saya pilih Korea? Sebab itu adalah salah satu tempat impian untuk dijejaki.  Sehingga umur 30 ni belum pernah sekali pun kaki menjejaki obesea, over the river tu banyak la. Kesian kan. Jadi marilah berimpian. Suatu hari saya pasti akan pergi. Pasti! Saya suka Korea banyak sebab.


Nami Island! Salah satu sebab nk ke Korea sebab nk pergi Nami Island. Dulu, cerita winter sonata tu memang minat habis. Overall, cerita korea semua pun memang best2, boleh layan jiwa sampai tangkap leleh air mata dan hingus. Tengok 2 3 kali pun same jugak la kesnya.

Saya nak tengok pemandangan  Gwang-An Bridge di KOREA macam dalam gambar ini. Cantik kan? Nak terjah SEoul Tower jugak dan g Theme park Lotte World



Suatu hari kaki saya pasti akan jejak ke sini. InsyaaAllah moga dipanjngkan mur untuk merasa nikmat mengembara ke negara lain. Boleh la start tampal gambar2 korea ni sebagai pembangkit semangat :) 




No comments: