Thursday, December 5, 2013

OMEGA GUARD: Kenapa perlu makan supplement minyak ikan

Pepatah ada mengatakan, kalau anda tak suka makan ikan, anda mungkin akan menjadi cepat lupa.
Apa kaitan ikan dengan otak? Dan apa kaitan omega guard dengan otak?


Satu kajian menunjukkan bahawa orang yang mempunyai tahap asid lemak omega-3 yang rendah, terutamanya yang ditemui dalam ikan, seperti asid docosahexaenoic (DHA), lebih cenderung untuk mempunyai masalah ingatan, otak mereka lebih cepat tua jika dibandingkan dengan usia. 

Kandungan 1 biji OMEGA GUARD adalah terdiri daripada Omega 3 (330mg) iaitu DHA (120mg) dan EPA (180mg). Apa kelebihan kandungan penting dalam omega guard ini? 

Kenapa kita perlukan Omega-3

Asid lemak omega 3 diperlukan untuk kesihatan manusia tetapi badan kita tidak boleh menghasilkan sendiri omega 3, jadi kita perlu mendapatkan bekalan omega 3 melalui makanan. Terdapat dua jenis asid lemak omega 3 yang utama:
  1. Rantai panjang omega-3 asid lemak yang terdiri daripada EPA (asid eicosapentaenoic) dan DHA (asid docosahexaenoic). Terdapat banyak kandungannya dalam ikan dan kerang-kerangan.  
  2. Rantai pendek asid omega-3 asid lemak yang terdiri daripada ALA (alfa-linolenik asid). Ia terdapat dalam tumbuh-tumbuhan, seperti flaxseed.  
Walaupun asid lemak Omega-3 jenis ke2 bermanfaat, namun ia mempunyai manfaat kesihatan yang kurang kuat berbanding daripada EPA dan DHA.



EPA dan DHA adalah kandungan utama OMEGA GUARD. Minyak ikan boleh merendahkan triglyceride dan tahap kolestrol dalam darah, boleh merendahkan tekanan darah tinggi, menghalang pembekuan darah dan boleh mengelakkan kematian mengejut akibat serangan jantung. Minyak ikan juga boleh mencegah kanser.

Bagaimana DHA boleh merendahkan triglyceride? 

Trigliserida tinggi dikaitkan dengan penyakit jantung dan kencing manis tidak dirawat. Untuk mengurangkan risiko penyakit jantung, adalah penting untuk memastikan trigliserida di bawah paras tertentu. Doktor biasanya mengesyorkan meningkatkan aktiviti fizikal dan menyekat lemak untuk trigliserida yang lebih rendah. Kadang-kadang mereka juga menetapkan ubat-ubatan seperti gemfibrozil (Lopid) untuk kegunaan di samping perubahan gaya hidup. Kini penyelidik percaya bahawa minyak ikan, boleh mengurangkan tahap trigliserida sebanyak 20% kepada 50%.

Kesimpulannya supplement minyak ikan adalah penting untuk menjaga kesihatan terutama kesihatan kardiovaskular. Ingin dapatkan OMEGA GUARD shaklee untuk menurunkan paras kolestrol anda?

Hubungi saya di talian tertera. Berita baik untuk mereka yang membeli omega guard bulan ini (Nov 13) harga promosi untuk pembelian 1, 2 3 dan kalau 6 botol dapat PERCUMA 1.

Nurul Aziyana (ID 886587)
No Tel:  011-11548031 atau klik http://aziyanashaklee.wasap.my
Email: ummi_anayiza@yahoo.com
COD area: Semambu, Air putih, Beserah, KOTASAS, POLISAS, UIA Kuantan, IM
Penghantaran ke seluruh malaysia adalah melalui pos.


1 comment:

Anonymous said...

mohon share..:)