Sunday, May 25, 2014

Bahayakah Selsema dan Flu ketika mengandung dan cara merawatnya tanpa ubat

Selsema,satu keadaan normal tapi bila anda sedang mengandung dan mengidap selsema teruk, anda harus berhati-hati. Menurut pemerhatian, situasi ni boleh menyebabkan kelahiran pra matang atau lebih teruk boleh membawa kepada keguguran. Kalau selsema ibu hamil melarat,pernafasan akan terganggu dan memberi kesan kepada kandungan. [sumber:majalah rapi]



Kenapa ibu hamil lebih mudah terkena jangktian selsema? Semasa hamil sistem imun akan berubah di mana ia sekarang bekerja untuk melindungi bayi dalam kandungan. Jadi ibu lebih mudah terkena jangkitan kuman dan menyebabkan batuk, selsema dan flu.

Ibu dalam video ini berkongsi bagaimana beliau cergas, kuat imun sepanjang hamil. Teruja saya mendengarnya


Selsema bukan sahaja boleh menyebabkan ketidakselesaan kepada ibu kerana hidung tersumbat tetapi juga boleh melarat sehingga ibu hamil mengalami demam, sakit kepala, sakit-sakit otot, sakit tekak dan batuk. Ibu-ibu hamil tidak digalakkan untuk mengambil ubat-ubatan tertentu bagi mempercepatkan proses penyembuhan. Ada cara semulajadi bagi membantu ibu-ibu hamil cepat baik dari selsema dan flu. 

Apakah cara merawat selsema dan flu ketika hamil tanpa menggunakan sebarang ubat?
Amil langkah pencegahan adalah paling baik. Pastikan ibu-ibu mengambil nutrisi yang secukupnya semasa kehamilan. Boleh rujuk LINK INI untuk mengetahui nutrisi-nutrisi penting bagi mengelakkan masalah kesihatan ketika hamil.  Namun sekiranya dah berlaku, ibu-ibu boleh mengatasinya dengan cara berikut
  • Minum air sekurang-kurangnya 1.5L sehari. Sebaik-baiknya air suam. Air yang banyak boleh mengelakkan dehidrasi dan mencairkan lendir-lendir akibat selsema. Digalakkan juga untuk minum jus buah-buahan asli yang fresh untuk membantu menyediakan bekalan nutrisi dan vitamin penting kepada badan. almaklum, time selsema mesti tak selera nak makan kan.
  • Makan makanan seimbang yang ada sayur-sayuran dan buah-buahan. Boleh buat sup sayur dan dimakan ketika masih panas. Pilih sayur yang kaya dengan vitamin C dan tumis dengan 3-4 biji bawang putih. Bawang putih adalah sumber antibiotik semulajadi yang sangat bagus untuk mengatasi jangkitan kuman dan bakteria. 
  • Banyakkan berehat. Lupakan seketika kerja-kerja rumah. Biarkan suami untuk menguruskannya. Berehat boleh mengurangkan rasa stress. 
  • Jika badan masih larat untuk melakukan pergerakan, boleh cuba bersenam dengan senaman yang ringan sekadar untuk melakukan pergerakan bagi meningkatkan aliran darah ke seluruh badan. 
  • Elakkan tidur mengadap kipas atau aircond. 
  • Makan madu. Selain memberi tenaga, melancarkan sistem penghadaman dan membuang angin dalam badan, madu kaya dengan vitamin C. 
Jika ibu-ibu mempunyai VITAMIN C di rumah, jangan skip pengambilannya. Untuk pengguna Vitamin C Sustained release Shaklee, anda boleh pecahkan 1 biji vitamin C kepada 2 dan telan. Pengambilan 2 kali sehari iaitu 1 pg dan 1 malam insyaaAllah mempercepatkan proses penyembuhan. 


Ada juga ibu-ibu hamil mengambil NUTRIFERON ketika berlaku jangkitan selsema batuk dan flu namun pada kadar yang minima. Bagi yang ingin mengambilnya, dinasihatkan untuk mendapat konsultasi dari yang pakar terlebih dahulu..

Nurul Aziyana (ID 886587) - Pengedar Shaklee Kuantan
No Tel: 011-11548031 atau klik link http://aziyanashaklee.wasap.my
Email: ummi_anayiza@yahoo.com
COD area: Semambu, Air putih, Beserah, KOTASAS, POLISAS, UIA Kuantan, IM

No comments: