Monday, August 4, 2014

Bahaya makan buah selepas makan..KENAPA??

Makan buah, bukan semudah yang disangka dan difikirkan. Walaupun mungkin setiap hari kita makan buah, tapi betulkah waktunya??. Adalah penting untuk kita tahu bagaimana dan bila untuk makan buah.



JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN!

BUAH harus dimakan SEMASA PERUT KOSONG. Kenapa agaknya ya? Bahaya ke kalau dimakan selepas makan makanan berat?

Buah memainkan peranan utama untuk menyahtoksik sistem badan, membekalkan banyak tenaga untuk menurunkan berat badan dan aktiviti kehidupan yang lain.

===================================
Kenapa BAHAYA makan buah selepas makan?
===================================

BUAH ADALAH MAKANAN PALING PENTING. Katakan anda makan dua keping roti dan kemudian sepotong buah-buahan. Buah-buahan tadi telah bersedia untuk menuju terus ke dalam usus melalui perut tapi kehadiran makanan menghalangnya dari berbuat demikian.

Dalam masa yg sama, roti tadi akan busuk dan basi seterusnya menapai serta berubah menjadi asid. Sebaik sahaja buah bergabung dengan makanan di dalam perut dan penghadaman jus berlaku, seluruh jisim makanan mula menjadi perosak.

Jadi makan buah-buahan semasa perut kosong atau sebelum makan!
Ada orang mengadu, "Setiap kali saya makan tembikai sy sendawa; apabila saya makan epal, perut saya sebu, apabila saya makan pisang je sy terasa nk ke tandas, dan lain-lain"
Perkara ini tidak akan timbul jika anda makan buah-buahan semasa kosong perut. Buah apabila bercampur dengan makanan lain akan menghasilkan bahan perosak dan gas, dengan itu anda akan terasa sebu!

Tahukah anda uban, botak, cetusan saraf, dan lingkaran hitam di bawah mata TIDAK akan berlaku dengan mengambil buah-buahan ketika perut kosong.

Tidak ada istilah seperti untuk beberapa buah-buahan, seperti oren dan lemon yg dikatakan berasid, kerana semua buah-buahan menjadi alkali dalam badan, menurut Dr Herbert Shelton yang melakukan penyelidikan mengenai perkara ini. Kita mampu untuk cantik , panjang umur, bertenaga, dan memiliki berat badan normal. jika kita tahu menguasai cara makan buah-buahan yang betul.

Minum hanya jus buah-buahan segar, BUKAN dari tin. Jangan makan buah-buahan yang dimasak kerana anda tidak mendapat semua nutrien drpd buah. Memasak akan memusnahkan semua vitamin.

Makan buah-buahan adalah lebih baik daripada minum jus. Jika anda perlu minum jus, minum secara perlahan-lahan, kerana anda perlu membiarkannya bercampur dengan air liur sebelum menelannya.

=====================================
Apakah buah-buahan yang baik untuk tubuh badan? 
=====================================

KIWI: Sumber kalium, magnesium, vitamin E & serat yg baik. Kandungan vitamin C adalah dua kali ganda daripada oren.

APPLE: Walaupun epal mempunyai kandungan vitamin C yang rendah, ia mempunyai antioksidan & flavonoid yang meningkatkan aktiviti vitamin C dengan itu membantu untuk mengurangkan risiko kanser kolon, serangan jantung dan strok.

STRAWBERRY: Mempunyai jumlah kuasa antioksidan yang tertinggi di kalangan buah-buahan utama & melindungi dari penyebab kanser, saluran darah tersumbat dan radikal bebas.

ORANGE: Dengan mengambil 2-4 oren sehari boleh membantu menjaga selsema, kolesterol, mencegah & melarutkan batu karang dan juga mengurangkan risiko kanser usus besar.

TEMBIKAI: Terdiri daripada 92% air, ia juga kaya dengan glutathione, yang membantu meningkatkan sistem imun kita. Satu sumber utama lycopene, agen anti kanser. Nutrien lain yang dijumpai dalam tembikai adalah vitamin C & Potassium.

Jambu biji & Betik: Mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi. Jambu batu juga kaya dengan serat, yang membantu mencegah sembelit. Betik kaya dengan karotena; baik untuk mata anda.

Semua kelebihan buah di atas akan diperolehi dengan sebaiknya jika kita makan buah semasa PERUT KOSONG.

2 comments:

da yana said...

sekarang ni dah cuba ubah makan buah sebelum makan dan makan buah masa kosong. memang rasa perbezaan nyer. kadang2 saya pelbagaikan dengan buat jus.

Unknown said...

Kalo kite mkn nasi dlu sblum mkn buah.khasiat buah tu dah xde n bertukar jd asid.ok sye phm.tp yg yg xphm tu bile ade yg ckp mkn nsi dlu bru mkn buah nti bertukar jd racun??haha.betol ke x betol?ade ke istilah racun pde buahan yg msuk dlm prut kite...hemm