Sunday, October 26, 2014

Hanya Mereka yang Mendirikan Solat Dengan Sempurna akan dapat Manfaat Kesihatan Yang Menakjubkan Ini

Hanya mereka yang solat dengan sempurna akan dapat kelebihan ni. Kenapa saya kata solat sempurna? Ada orang solat. Tapi hanya mengerjakan solat bukan mendirikan solat. Cukup rakaatnya tapi rukuk dan sujudnya tidak sampai satu saat. Pekerjaan apakah yg nk dikejar sehingga secepat itu, seolah mahu cepat2 meninggalkan solat sedangkan solat itu adalah perjumpaan kita dengan Allah. Tidak sukakah berlama lamaan dengan Allah? Bagaimana penghayatannya dalam masa tidak sampai satu saat? Saya bukan ustazah, ilmuan jauh sekali. Tapi ingin saya berkongsi dari pembacaan saya tentang kelebihan solat sempurna yg hanya boleh dimiliki oleh mereka yg solat dengan penuh khusyuk dan tomakninah.



Takbiratul ihram dan berdiri 

Pergerakan ini memberi latihan awal kepada pernafasan. Bila kita mengangkat tangan utk takbir, rongga dada akan mengembang seperti peparu, otot-otot bahu akan meregang akibatnya aliran darah yang membawa masuk oksigen ke dalam badan akan menjadi lancar. Gerakan semasa takbir juga melancarkan aliran cairan limfa. Cairan limfa berfungsi untuk menyaring dan membunuh kuman yg ada dalam darah. Jika tiada pergerakan otot, cairan ini tidak akan mengalir dengan sendiri. 

Kedudukan berdiri dan meletakkan tangan kanan atas tangan kiri

Cara yang betul adalah meletakkn tangan ke bahgian dada bukannya perut seperti yang selalu kita buat. Kedudukan ini akan meregangkan otot dada dan membantu mengurangkan beban pada tulang belakang. Kedudukan ini juga merupakan salah satu istirehat yang paling sempurna bagi kedua tangan dan memudahkan aliran darah ke jantung dan melancarkan pergerakan sendi. Ini juga menjadi sebab kenapa mereka yang patah tgn atau terkehel, tangannya diletakkan di atas dada menggunakan anduh. 

Rukuk 

Rukuk dapat mengurangkan masalah pereputan tulang. Bukan itu sahaja, rukuk boleh melawaskan pengeluaran air kencing. Rukuk dapat menguatkan otot-otot pada sendi kaki dan meringankan ketegangan pada lutut. Selain itu rukuk juga dapat meregangkan otot pinggul, paha dan betis. Tapi keregangan ini hanya akan dapat dirasa oleh mereka yang betul-betul rukuk,bukan rukuk ibarat ayam patuk makanan.



Iktidal 

Iktidal boleh melancarkan sistem pencernaan kerana organ-organ dalam sistem pencernaan mengalami proses pengurutan dan pelonggaran silih berganti. Dalam keadaan ini, tubuh berada dalam situasi rehat. 

Sujud

Sujud memberi paling banyak kelebihan dari segi kesihatan pada badan. Sujud bukan sahaja waktu yang paling dekat antara hamba dengan Allah. Sujud memudahkan wanita hamil untuk bersalin, juga menajga organ kesuburan wanita. Sujud juga memudahkan pembuangan air besar kerana ia melancarkan peristaltis (proses pencernaan). Semua otot-otot bahagian badan akan bergerak semasa sujud. Yang menariknya, darah lebih banyak mengalir ke otak. Ini akan membiasakan dinding di bahagian urat-urat nadi di otak untuk meregang. Kelebihaan, urat-urat nadi ni takkan mudah pecah yg boleh menyebabkan mati mengejut bila kita marah akibat dari darah yg dipam lebih banyak dan tekanan darah menjadi lebih tinggi dengan syarat, sujud la dengan sempurna dengan bacaan yang tertib bukannya dalam keadaan cepat-cepat. 
Sujud juga dpt mengalirkan oksigen ke otak, dan meningkatkan daya fikir. Terdapat satu saraf di dalam otak yang tidak dimasuki darah melainkan dengan bersujud. Mereka yang jarang bersujud atau sujud dalam tempoh yang sangat singkat tidak mampu untuk untuk berfikir dengan normal dan mencegah perbuatan keji kerana otak tidak menerima darah yang cukup.
Sujud dlm keadaan yang cepat tidak akan melancarkan pengaliran limfa dan tidak melatih tulang belakang manusia.



Duduk antara 2 sujud dan tahiyat

Kedudukan ini boleh mengaktifkan kalenjar peluh kerana lipatan bahagian betis dan paha.bertemu. Darah akan memenuhi seluruh bahagian kaki. Dalam kedudukan tahiyat pula ada dua iaitu tahiyat awal dan akhir.
Dalam tahiyat awal, otot otot paha akan diregangkan manakala dalm tahiyyat akhir kedudukan kaki akan menekan kalenjar pundi kencing dan saluran sperma dan air mani. Ini boleh mengelakkan dari mati pucuk atau mandul

Salam

Proses gerakan ke kiri dan kanan boleh mencegah sakit kepala dan menegangkan wajah.



Sebenarnya bagi mereka yang betul-betul mengerjakan solat dengan tertib akan merasai kerehatan yang benar-benar menenangkan..seolah-olah selepas solat kita akan merasakan satu ketenangan dan kelegaan yang tak dapat dengan buat benda lain. Tinggalkan lah dahulu apa yang menyesakkan fikiran, atau tugasan yang perlu diselesaikan apabila tiba waktu solat..dan kerjakan solat dengan sebaiknya..jangan bergegas-gegas..fokus..insyaaAllah fokus di dalam solat akan mampu menyelesaikan banyak masalah. 


No comments: