Thursday, November 20, 2014

8 Kesalahan Bertudung: Disangka Betul Cara Bertudung tapi Rupanya Bertelanjang

Bertudung,satu budaya atau ikut-ikutan ataupun memang nak tutup aurat? 
Mungkin ramai bertudung sebab nk tutup aurat tapi rupanya kita hanya bertudung untuk nak tutup helaian rambut sahaja, tidak lebih dari itu. Short formnya BTT - Bertudung tapi Bertelanjang. kalau sebelum ni pernah dengan berpakaian tapi telanjang, tapi kali ni acuan yang sama bertudung tapi bertelanjang. 
Bagaimanakah kesalahan dalam dalam bertudung?



Setiap hari ramai wanita Islam mempamerkan kejahilan mereka. Awalnya mungkin dapat A tapi akhirnya D juga yg dipegang. Subjek pendidikan Islam mungkin A waktu sekolah dulu. Tapi praktikalnya,penghayatannya D. Nauzubillahminzalik!

Hadis riwayat Abu Hurairah, Rasulullah bersabda
" Ada 2 golongan ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: kaum yang membawa cambuk sprt ekor sapi yg mereka pakai buat memukul org,perempuan2 yg berpakaian ttp telanjang, yg cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan org lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar bonggol unta.Mereka ini tidak akan masuk syurga serta tidak akan mencium bau syurga padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian. [Riwayat Muslim]

Ada 8 kesalahan dalam bertudung yang perlu disemak. Bertudung tetapi....

1. Menganggap menutup aurat itu adalah memakai tudung sahaja
2. Bertudung tetapi memakai tshirt lengan pendek
3. Bertudung tetapi berbaju kebarung yang terbelah kain
4. Bertudung tetapi pakai baju sendat dan nipis dan memaparkan bentuk bahagian yang mudah menggoda
5. Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambut
6. Bertudung tetapi hanya di tempat-tempat tertentu contoh pakai tudung bila ke kuliah, luar kampus free hair
7. Bertudung tetapi tudung dilempar ke belakang leher dan mendedahkan dada
8. Bertudung tetapi tudungnya nipis hingga nampak sanggul, leher, tengkuk dan dada

[sumber: Dr Zaharuddin Abdul Rahman]

Kesalahan Bertudung


Cara yang paling mudah untuk nk tahu adakah kita betul2 dalam keadaan menutup aurat ialah kita tak perlu pakai telekung solat untuk solat, maknanya pakaian yg dipakai hari-hari sudah mencapai tahap sah untuk dibawa solat. Boleh solat di mana-mana tanpa kita mengenakan telekung solat. Jangan disebabkan tiada telekung solat, kita meninggalkan solat sedangkan hikmah Allah menyuruh kita berpakaian menutup aurat adalah kita boleh solat dlm apa situasi sekalipun. Itulah KPI pakaian kita menutup aurat atau tidak.

Jangan kufur nikmat. Dalam sura ar-rahman, berkali-kali Allah menempelak kita "Nikmat TUHAN kamu yang manakah yang kamu dustakan?"

Kita diberi anggota badan yang cukup lengkap sampai kita bebas nak berjalan ke sana ke mari, tapi kita kufur nikmat dengan membawa body kita yang tak ditutup dengan sempurna. Sedangkan yang kita bawa itu adalah milik Allah bukan milik kita.

Mungkin kita lupa, kita akan dipertanggungjawapkan di hadapan Allah, khadi Rabbul Jalil di Padang Mashyar nanti, berhadapan 'satu dengan satu' di hadapan Allah. Waktu itu kita tak boleh menyalahkan orang lain akan dosa kita. Setiap orang kena tanggung dan kena jawab apa yang diberikan pdnya masa hidup di dunia.

Mungkin juga kita lupa  di mana Allah di hati kita

Ada satu kisah Khalifah Umar Al Khattab ingin menguji seorang budak pengembala kambing
Kata Umar " Boleh kau jual seekor dari kambing ni kepada aku?"

Jawab budak tersebut " Maaf tuan, kambing ni bukan sy yang punya, sy hanya pegang amanah untuk jaga kambing-kambing ni"

Umar membalas " Kambing ni banyak, tentu tuan kau tak perasan kalau kau jual seekor darinya. Nanti cakap lah pada tuan kau, seekor kambing dh dimakan serigali, mesti tuan kau tak tahu"

Lantas budak itu menjawap " kalau begitu, di mana Allah?"

Jelas, Allah di hatinya.
Allah ciptakan kita hanya dengan satu hati. Di situlah cinta Allah bersemi. Kalau Allah tiada di situ, tiada lah Allah di hati.

Jadi apakah dengan kedegilan kita, cantik lebih utama dari Allah menyebabkan kita tidak meletakkan Allah di hati? tidak meletakkan kehendakNya melebihi dari kehendak kita yang nk lihat cantik, nak tunjuk kita kurus dan ada rupa bentuk badan yang cantik?

Gambar: Ihsan Google

Mujahadah itu perit. Melawan hawa nafsu untuk patuh juga perit. Siapa yang ternyata hidupnya bahagia dengan dosa-dosa? Tiada! Kita belum bahagia, belum tenang dan belum sejahtera selagi tidak meletakkan Allah di hati.

Jadi jom sahabat, usahakan agar kita semua berjaya meraih cinta dan kasih Allah kerana ketaatan. Saya juga sedang bermujahadah melawan nafsu sendiri. Apatah lagi zaman yang penuh dengan fitnah ini, di kiri kanan, atas dan bawah sering disogok dengan keindahan duniawi terkadang kita tewas. Semoga Allah terus menerus memberikan kita hidayah.

**Terima kasih kepada ustaz Pahrol Mohd Juoi atas nukilan-nukilan dakwah yang banyak menyentuh hati.

1 comment:

fahmy shuhaimi said...

Bertudung, pakaian longgar, labuh berlengan panjang TETAPI tidak memakai stokin kerana kaki adalah sebahagian daripada aurat.