Monday, April 13, 2015

9 Sebab Kenapa Tak Nak Skip ESP (Energizing Soy Protein)

ESP (Energizing Soy Protein) memang tak asing lagi di kalangan penggemar2..kelebihan dan kebaikan tak boleh nak sangkal, kesannya memang dapat dirasai dari segenap inci dari kulit, otot, muka, dan banyak lagi lah. Patut lah sayang nak skip minum ESP ni.



Semalam saya baru terima feedback seorang lagi pengguna ESP yang puas hati sebab parut di kulitnya dah semakin pudar. Sebelum tu beliau inform minum ESP rasa kenyang dan bertenaga. memang satu persatu kesan yang dirasa. Alhamdulillah..tapi kenapa pengguna dapat kesan yang macam tu ek?



Apa sebenarnya yang membuatkan pengguna ESP dapat manfaat tersebut sampai ada yang gelarkannya TEPUNG AJAIB. haa macam mana ajaibnya tu? Putih  gebu 3 hari ke? Cerah sekata dalam masa seminggu ke? Atau apa2 je lah yang buat mereka yang memang nak cantik, nak putih teruja. Adakah ESP boleh bagi effect cepat?

Sebagai pengguna, kita kena tahu apa kandungan product. Kesan cepat, tapi akhirnya merosakkan badan tak guna juga kan? Takkan cantik sekejap tapi lepas tu tanggung sakit plak selama-lamanya.

So apa kandungan ESP yang menjadikannya Tepung Ajaib tu? Semuanya kerana 9 asid amino perlu yang ada dalam ESP. Tahu tak, dalam otot, sel dan tisu manusia iaitu kita terdiri daripada asid amino sebagai komponen kedua terbesar...saya ulang KEDUA TERBESAR. Maknanya penting sangat2 la asid amino ni.

Tapi asid amino ade 2 jenis 

  • Asid Amino Perlu - sumber protin yang badan perlukan tapi tak boleh dihasilkan oleh badan
  • Asid Amino Tak perlu - boleh dihasilkan sendiri oleh badan so tak perlu susah-susah nak cari sumber luar. 
So jenis yang mana yang ada dalam ESP? 
Jenis yang pertama iaitu asid amino perlu. Inilah tujuan utama ESP tercipta supaya kita semua tak perlu susah payah menjajau nak cari mana nak dapat sumber asid amino perlu ni..bukan 1 ye tapi 9. 1 canister sudah lengkap dengan 9 asid amino perlu


Kenapa penting sangat asid amino? 
Yang paling utama adalah Asid amino menyumbang kepada kesihatan sistem saraf, struktur otot, pengeluaran hormon, organ-organ penting dan struktur sel.

Jadi entri kali ni saya nk kongsi 9 sebab kenapa tak nak skip ESP dah lepas ni..kesian badan saya..yg perlu sy tak bagi tapi yang tak perlu sedap pula nak bg masuk dalam badan. 9 sebab ni berdasarkan 9 jenis asid amino perlu ni 


Sebab #1: 
Luka cepat baik, imun sistem kuat dan sel saraf baik. [Rujuk ENTRY INI untuk luka bersalin cepat baik dengan ESP] Kenapa agaknya ya? Ini keran asid amino perlu jenis Histidine yang berfungsi untuk bina dan baiki tisu yang rosak. Sel saraf kita dilindungi oleh tiub mielin, histidine juga mengekalkan kesihatan tiub ini. Kita memerlukan histidine untuk menghasilkan sel darah merah dan putih dan juga histamin yang penting untuk kesihatan imunisasi badan. Histidine melindungi tubuh dari kerosakan akibat radiasi.

Sebab #2: 

ESP memastikan tahap gula dalam darah baik dan memberikan tenaga. Apa sumber yang beri kesan keduanya? Ianya datang dari Isoloeucine yang berfungsi untuk menghasilkan hemoglobin, menstabilkan dan menyelaraskan tahap gula dalam darah. Sebab tu yang minum ESP ni rasa bertenaga dan kenyang which is memang baik untuk pesakit diabetes.


Sebab #3: 
Boleh bina otot. [Rujuk ENTRY ini untuk info ESP bina otot] Kalau nak kurus, pastikan bukan otot yang turut kurus (menggeleber la kata mudahnya). Jadi yang diet tak risau dah kalau minum ESP sebab ESP akan bina otot lepas lemak dibuang. Sebabnya dalam ESP ada asid amino namanya Valine yang mengandungi efek stimulan. Ia diperlukan untuk metabolisma otot, pembaikian tisu dan untuk mengekalkan keseimbangan nitrogen dalam badan


Sebab #4: 
Menyembuhkan kecederaan tulang, kulit dan tisu otot. [Rujuk ENTRY INI untuk pembedahan tulang] Sebab tu yang lepas pembedahan memang cepat recover bila amik ESP. Fungsi ni dimainkan oleh leucine yg berkerjasama dengan asid amino isoleucine dan valine dalam melindungi otot. Leucine juga penting dalam merendahkan tahap gula dalam darah yang tinggi serta merangsang penghasilan hormon kesuburan. Ada yang dah lama nak hamil, tapi alhamdulillah lepas consume ESP berjaya hamil. 

Sebab #5: 
ESP bantu atasi masalah keguguran rambut dan juga masalah gastrik [Boleh rujuk LINK ini] Tugas ni dimainkan oleh Methionine yang memecahkan lemak dan menghalang pembentukan lemak di hati dan salur darah yang boleh menyekat aliran darah ke otak, jantung dan buah pinggang. Karbon dan logam berat pun dapat disingkirkan sebab methionine ni bertindak sebagai ejen detox. Selain tu ia juga melindungi tubuh dari radiasi dan kawal osteoporosis. Elok sangat la diminum oleh warga emas. 

Sebab #6: 
Kulit anjal dan elastik. [Rujuk ENTRY ini untuk lihat kesan ESP pada kecantikan kulit] Macam makan collagen pulak kan. Threonine ni bantu keseimbangan protin dalm badan dan main peranan penting bab2 anjal ni. Juga bantu cegah lemak terkumpul di hati dan turut menghasilkan antibodi untuk pertahanan badan. 

Sebab #7: 
Tulang jadi lebih kuat. Walaupun dalam ESP ada 500mg kalsium, tapi asid amino yang namanya Lysine pun turut mainkan peranan untuk kekuatan tulang sebab ia bantu penyerapan kalsium. Ia juga dapat merendahkan tahap serum trigliserida yang tinggi dan digunakan untuk melawan virus Herpes.

Sebab #8: 
ESP bantu masalah PMS, migrain, obesiti, arthritis dan parkinson. Fungsi ni dimainkan oleh Phenylalanine penting untuk tubuh kita kerana ia bertanggungjawab menjadi asid amino tyrosine yang digunakan untuk mensintesis 2 neurotransmitter utama bagi mengawal kesedaran, iaitu dopamine dan norep-inephrine. Senang cerita berkait dengan fungsi saraf. 

Sebab #9: 
Minum ESP boleh tidur nyenyak. Serotonin (neurotransmitter yang menghantar maklumat dari satu sel ke satu sel yang lain bagi mengawal pergerakanyang terhasil melalui asid amino yang bernama Tryptophan boleh pastikan kita dapat tidur yang normal. Dan yang bestnya ia juga kontrol selera makan, jadi memang baguslah untuk diet. ESP juga bagus untuk migrain dan ketagihan nikotin. 

Nak cari ESP yg complete dengan 9 asid amino perlu di mana? Cari dengan saya :) 

Nurul Aziyana (ID 886587)
No Tel: 012-9576172
Email: ummi_anayiza@yahoo.com

No comments: