Wednesday, August 26, 2015

Cara Kupas Kulit Telur Dalam Masa Kurang 5 Saat Tanpa Pegang Telur

Biasanya berapa lama masa yang diambil untuk kupas kulit telur? Kadangkala lama, kadangkala sekejap. Nak tahu cara mudah kupas kulit telur? Gerenti tak sampai 5 saat pun, telur tu dah bogel. Uishhh acaner tu?



Tips ni sangat berguna untuk peniaga nasi lemak dan sandwich telur.. hehehhe jadi bila dah tahu ni kongsi-kongsikan la info ni pada mereka. 
Haa bila dah tahu tips ni, uolls mungkin akan terfikir
"ceh buang masa je selama ni mengadap telur kupas satu-satu, telur panas pulak tu, sakit jari jemari nan mulus ini" Ekekeke.
Tips ni sangat la simple. Hanya perlu telur, sedikit air, glass jar dan sedikit tenaga. Walaupun simple, tapi boleh jimat banyak masa. 

Caranya mudah aje.
Masak telur macam biasa, lepas dah masak tu rendam dalam air sejuk seketika. Cara seterusnya macam mana nak kupas telur dalam masa kurang 5 saat tanpa pegang telur tersebut boleh tengok dalam video kat bawah ni. 


Amacam? Mudah kan? Lepas ni tak payah nak susah-susah kupas dah. Biarkan glass jar tu mainkan peranan. Buat dengna hati-hati, kalau tak telur tu mungkin akan hancur. 
Kalau hancur, perlukan latihan lebih banyak lagi.. 
Hehehhe practice makes perfect gitewww. 

Tunggu apa lagi..pi la try test skill. Tengok brape saat boleh dapat 1 telur. Test jangan tak test. 
Satu lagi, jika uolls rasa entry ni sangat membantu ramai orang, jangan lupa untuk share,