Tuesday, September 8, 2015

10 Perubahan Kulit Semasa Hamil, Bersedia Untuk Hadapinya

10 Perubahan Kulit Semasa Hamil, Bersedia Untuk Hadapinya.

Dapat tahu diri hamil, memang satu berita paling gembira bagi yang merancang untuk hamil terutama mereka yang dah lama menantikannya. Bila hamil, macam-macam yang kita concern. Dari segi pemakanan, penjagaan sehinggalah kepada perubahan kulit. 


Ada yang hamil naik berat badan, muka jadi berjerawat dan kusam, tompok-tompok hitam timbul kat perut, stretch mark, ada juga yang bernasib baik tak alami semua tu malah makin berseri-seri sehingga dipanggil seri ibu mengandung. Jangan terkejut kadang-kadang benda ni semua berlaku bila hamil je, bila dah bersalin elok kembali asal. Perubahan hormon orang kata. 

Dari segi kulit, ada 10 perubahan yang mungkin akan dihadapi oleh ibu hamil. Jadi bersedia je lah. 10 perubahan kulit tersebut adalah 

1. Chloasma (perubahan pigmentasi pada muka dan leher)

Chloasma ni macam tompok-tompok gelap pada dahi, pipi dan leher. Kalau yang berkulit gelap, ia muncul sebagai tompok-tompok cerah. Ia disebabkan oleh peningkatan hormon melanin iaitu hormon yang memberi warna gelap pada kulit. Hormon ini melindungi kulit daripada cahaya ultraviolet.



Kalau terdedah pada cahaya matihari, haaa lagi gelap dan lagi jelas tompok-tompok tu. Jadi kalau nak elak jadi lebih teruk, pakai krim pelindung UV SPF15 atau lebih. Jangan duk berjemur bawah matahari sangat. Saya pilih UV krim Nutriwhite, natural dan best kesannya. 

Biasanya tompok ni akan hilang 3 bulan lepas bersalin. Nak hilangkan dengan cepat, ambil GLA COmplex lepas bersalin nak kasik hormon lebih stabil. 

Baca juga >> Kesan Buruk akibat Hormon Tak Stabil Pada Wanita

2. Linea nigra (garisan gelap sepanjang perut)

Linea nigra ialah garisan menegak berwarna gelap dengan kelebaran sehingga 1cm yang terbentuk pada tengah-tengah perut, biasanya merentasi pusat. Ia biasanya muncul sekitar trimester kedua. Ia disebabkan oleh pigmentasi pada kulit di mana otot abdomen meregang untuk memudahkan pembesaran bayi. Haa yang ini memang tak miss kalau pregnant. Hamil anak 1st n 2nd pun saya kena. 

Garisan pigmentasi ini akan pudar dalam masa beberapa minggu selepas anda melahirkan, tapi kena gosok sikit sedikit sebab nak hilangkannya. Saya guna minyak kelapa dara masa gosok, memang mudah tanggal. Bahagian-bahagian badan lain seperti puting payudara, tahi lalat dan bintik-bintik gelap pada kulit mungkin akan turut mengalami perubahan pigmentasi, tetapi ini juga akan hilang. 


3. Kulit berseri semasa hamil

"Seri" semasa hamil bukan sekadar kata-kata. Yang ni memang nasib baik. Ada tu memang tiap kali hamil memang nampak menyerlah keseriannya. Sebab apa berlaku? Sebab masa hamil, kulit menyimpan lebih banyak kelembapan, menjadikannya montok serta menghilangkan garis-garis halus dan kedut yang mungkin ada sebelum ini. Apa yang membuatkan kulit cerah bersinar ialah peningkatan tahap darah yang beredar di seluruh badan. Ini juga kadang-kala membuatkan rasa agak panas.

Malangnya, kesan sampingan daripada ini ialah ibu hamil mungkin nampak sembam akibat penahanan air (water retention) dalam badan. Kalau ada tompok-tompok merah kat bahagian muka,memang nampak lebih jelas.

Tapi, jangan cuba kurangkan meminum air sebab badan memang memerlukan banyak air. Kalau boleh rehat, haa rehat la seboleh mungkin. Kesan tompok merah ni akan hilang lepas bersalin. 


4. Jaringan urat semasa hamil

Pernah tengok garis-garis halus kaler merah kt pipi? Yang kulit cerah memang ketara la nampak. Haa garis-garis halus ni namanya jaringan urat (spider veins atau dikenali juga sebagai spider naevi). 
Sebenarnya ia adalah kapilari-kapilari darah (salur darah halus)  Ia biasa berlaku pada wanita hamil, terutamanya mereka yang sudah biasa mengalaminya. Ia disebabkan oleh peningkatan isipadu darah dalam badan yang memberi lebih tekanan pada kapilari yang sememangnya lebih sensitif semasa  hamil.




Untuk mengurangkan kemungkinan jaringan urat ini berlaku, lindungi muka anda daripada kesejukan atau kepanasan melampau kerana keadaan ini boleh menggalakkan pembetukan jaringan urat. Urat-urat ini akan hilang setelah tahap hormon mula stabil semula selepas bersalin.


5. Bintik-bintik dan jerawat semasa hamil

Jerawat banyak tiba-tiba muncul masa hamil. Jerawat ni muncul sebab tahap hormon yang tinggi. Jadi penghasilan sebum iaitu minyak menyebabkan liang-liang muka tersumbat dan mengakibatkan kulit jadi berminyak dan bintik-bintik hitam terbentuk. Kalau tak cukup protin masa hamil, bintik-bintik hitam ni lambat hilang. 

Cucilah muka dengan kerap menggunakan pencuci muka yang lembut, dan gunakan pelembap muka tanpa minyak. Jangan gosok tempat yang berjerawat kerana ini akan membuatkan masalah ini lebih teruk.

Jangan guna krim jerawat. Hanya pastikan masa hamil, makan cukup nutrisi. Sebab tu saya tak miss vitamin hamil dan ESP (serbuk protin kualiti tinggi).. Nak elak benda-benda macam ni lah. Sebab protin akan ganti sel kulit mati dengan sel yang baru. Jadi binti-bintik hitam tu tak lama. 

Baca juga >> Testimoni ESP Shaklee | Kulit Berseri, Bebas Jerawat dan Cantik


6. Tanda regangan

Tanda regangan (stretch marks) ialah garis-garis halus berwarna kemerahan atau kecoklatan (bergantung kepada warna kulit anda) yang biasanya muncul pada perut, payudara dan paha. 75 - 90 % wanita hamil akan alami strethmark.  Strethmark ni berlaku sebab kulit mengalami regangan bila berat badan makin bertambah. Yang kurang kolagen lagi teruk kesannya. Penting juga vitmain C makan waktu hamil ni, bukan setakat untuk imun tapi nak prevent kulit dari regangan melampau. 

Tahap hormon yang tinggi turut mengganggu keseimbangan protein pada kulit dan menyebabkan kulit menjadi lebih nipis berbanding biasa. Selepas bersalin, pigmentasi berwarna kemerahan atau kecoklatan pada tanda regangan ini akan beransur pudar dan garis-garis tersebut akan kelihatan lebih cerah daripada kulit di sekelilingnya. Tapi ada juga yang payah nak hilang. Tips saya mudah je, saya consume ESP. 

Sesetengah wanita bernasib baik kerana mempunyai kulit yang lebih elastik daripada orang lain. Ini bermakna, mereka tidak akan mengalami tanda regangan. Tetapi bagi kebanyakan daripada kita, ini hanyalah salah satu kesan kehamilan yang harus kita hadapi.Boleh cuba mengurangkan tanda regangan dengan mengelak daripada menambah berat badan terlalu cepat, sapu minyak atau krim yang kaya dengan vitamin E pada perut untuk menjadikannya lebih anjal, mengamalkan pemakanan sihat yang kaya dengan vitamin E dan C, serta zink dan silika untuk membantu mengekalkan kesihatan kulit.

7. Melecet semasa hamil

Apabila berat badan anda bertambah, sesetengah tempat pada badan boleh melecet, seperti pada paha atau bawah payudara. Kulit di kawasan tersebut akan menjadi merah dan lembap, kemudian melepuh, dan mengeluarkan bau. Keadaan ini dikenali sebagai intertrigo.




Jadi nak elak berlaku, just pastikan kawasan yang terjejas itu sentiasa kering dan gunakan bedak talkum untuk menyerap kelembapan. Jangan pakai yang ketat-ketat dan tak menyerap peluh.

Biasanya kalau banyak berpeluj senang berlaku keputihan. Keputihan masa hamil bahaya sebab boleh berjangkit pada bayi bila bersalin. Kalau ada keputihan teruk, cepat-cepat rawat. Garlic COmplex sangat membantu kalau keputihan semasa hamil. 

Baca juga >> Keputihan Semasa Hamil dan Cara Mengatasinya

8. Kulit sensitif semasa hamil

Disebabkan oleh peningkatan hormon dalam badan, kulit akan jadil lebih sensitif bila hamil. Sabun dan bahan pencuci mungkin tiba-tiba menyebabkan kulit rasa pedih dan masalah seperti ekzema menjadi lebih teruk. Kulit akan jadi gatal apabila terdedah kepada cahaya matahari.

Cuba cek sabun pencuci yang diguna kt rumah. Kadang-kadang iritasi datang dari sabun yang tinggi bahan kimia termasuklah bahna pencuci tandas. 

Baca juga >> Product Pengguna Merbahaya Yang Perlu Dihindari Ibu Hamil

9. Ruam dan kegatalan semasa hamil

Ruam dan kegatalan sementara yang datang dan pergi tanpa sebab-sebab tertentu adalah perkara biasa dalam kehamilan. Peningkatan tahap hormon membuatkan kulit lebih sensitif bila bersentuhan dengan bahan-bahan tertentu yang biasanya tidak mempunyai kesan apa-apa. Contohnya,  mungkin lebih sensitif terhadap klorin dalam kolam mandi.

Keputihan, yang menyebabkan kegatalan pada faraj, dan buasir, yang menyebabkan kegatalan pada dubur, juga lebih mudah berlaku semasa hamil.  Sembelit memang mudah berlaku bila hamil. Alhamdulillah sepanjang hamil saya tak pernah sembelit. Rahsianya, saya ambil Ostematrix setiap malam. 

Baca juga >> Elakkan Sembelit Krtika Hamil Dengan Mudah

Bagi masalah lain,  sapu krim herbal blend dapat mengurangkan kegatalan. Jika ruam atau kegatalan berlarutan kena jumpa doktor lah jawabnya. 


10. Kegatalan yang teruk ketika hamil

Saya ada kawan bila hamil je akan timbul rasa gatal. Habis satu badna macam merenyam gitu. Kesian sungguh. Ajaibnya lepas bersalin takde dh gatal-gatal gitu. Rasa gatal yang teruk pada seluruh badan, terutamanya pada waktu malam, serta gatal pada tapak tangan dan tapak kaki boleh jadi tanda satu penyakit hati yang jarang berlaku. Penyakit ini dikenali sebagai obstetric cholestasis dan hanya berlaku kepada wanita hamil. Ia biasanya berlaku dalam trimester ketiga, dari kira-kira minggu ke-28 kehamilan dan biasanya hilang dalam masa tiga minggu selepas bersalin.



Salah satu sebab yang mungkin terjadi adalah kerana tahap estrogen yang tinggi semasa hamil boleh menghalang hati daripada berfungsi dengan betul dan menyebabkan peningkatan tahap garam hempedu. Kegatalan ini boleh jadi terlalu teruk dan kadang-kala tidak dapat dikawal. Walaubagaimanapun obstetric cholestasis tidak membahayakan kesihatan ibu hamil cuma memang rasa tak selesa. 

Sumber: http://www.babycenter.com.my

Walaupun macam-masalh masalah kulit berlaku, tapi hamil adalah momen yang sangat enjoy. Tak semua orang dapat merasainya. Jadi ape pun syukur selalu walaupun kulit tak cantik. Lepas bersalin, boleh rawat semula. 

Mahukan vitamin hamil untuk kekal cergas dan sihat, macam apa yang saya consume? Boleh hubungi saya di talian di bawah


Nurul Aziyana (ID 886587)
No Tel: 012-9576172 (call) or 011-11548031 (whatsapp)
Email: ummi_anayiza@yahoo.com


DAPAT FREE SEBOTOL VITALEA DENGAN PEMBELIAN VITAMIN DAN JOIN AHLI SHAKLEE. 
Klik LINK INI

PROMOSI VIVIX HINGGA OCTOBER
Hubungi 011-11548031 untuk info lanjut


7 comments:

akuoka said...

Panjang nya post...
Pandai seo nie kn
Elok jugak hamil nie..
Muka akan menjadi berseri

sensasi2020 said...

Isteri saya baru aje pragnant, pasti ada tanda-tanda perubahan pada kulit. Pasti produk vitamin shaklee untuk ibu hamil sangat sesuai.

Noriza Rahman said...

Memang perubahan tu tal boleh nak elakkan kalau nak jadi ibu kan aziyana?

Hannah Aziz said...

Alhamdulillah sepanjang hamil anak pertama saya tak punya masalah kulit yang ketara. Anyway nice info. Baru tahu ibu mengandung boleh ada masalah-masalah kulit begini.

mrhanafi said...

cukuplah buat saya isteri 3 kali hamil..

natura said...

Memang tak boleh nak elakkan masa mengandung.
Bergantung pada kulit masing-masing.
Tapi memang beza sangat anak pertama dnegan anak kedua lepas ambil suplemen.

natura said...

Memang wajib jadi mcm tanda-tanda diatas kalau mengandung.
Boleh elakkan ataupun kurangkan kalau nutrisi cukup dalam badan.