Saturday, October 17, 2015

Daging Goreng Rempah Mudah dan Sedap

Ada lagi stok daging korban kat dalam peti ais? Kalau ada, meh la try resepi mudah bangat ni..Daging Goreng Rempah..kalau stok dah habis, pi beli daging kat pasar :) aaaahaaa bukan daging goreng biasa uollss.

Udah namanya goreng rempah kan, so rasanya pun memang ada rempah-rempah sikit la. Sangat sedap dimakan dengan nasi putih panas-panas..Fuhhhh telan air liur.


Resepinya mudah aje. Agak-agak masa suntuk nak masak, cuba resepi ni ya.
Resepicdicedok dari buku 365 Resepi istimewa Chef Hanieliza

Bahan-bahan :
Daging 500gm
1 labu bawang besar - dipotong gelang
1 biji cili merah dipotong serong
1 tangkai daun kari
minyak masak
garam secukup rasa

Bahan B (dikisar)

1 inci halia
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sudu teh rempah kari daging
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh lada hitam

Cara Masak

1. Panaskan minyak, tumis daun kari. Masukkan bahan yang dikisar dan kacau hingga pecah minyak
2. Masukkan daging, Kacau sebati dan biarkan reneh hingga masak. Kalau tak cukup air, tambahkan lagi sampai daging empuk.
3. Masukkan bawang besa, lada merah dan garam
4. Kacau sekali lagi dan biarkan sampai pecah minyak
5. Sedia untuk hidang dan makan dengan nasi panas
Yummmmeh

Mudah aje kan?
So boleh la buat menu makan lunch uolls :)

Oh ya, kalau yang ada masalah kolestrol, berpada-pada la bila makan daging tu ya. Kolestrol boleh menyebabkan darah tinggi dan masalah jantung. Ramai orang meninggal secara tiba-tiba akibat serangan jantung.
Nak selamat, sebelum makan makanan yang tinggi kolestrol, boleh ambil Phytocol ST dan nak kurangkan kolestrol dalam darah pula ambil Omega Guard.
Paras kolestrol dapat dikawal dengan pengambilan 2 vitamin ni. ..InsyaaAllahini cara rendahkan kolestrol tanpa ubat. 


Nak atasi masalah kolestrol yang merungsingkan diri, boleh contact saya 

Nurul Aziyana (ID 886587) - Pengedar Shaklee Kuantan
No Tel: 012-9576172
Email: ummi_anayiza@yahoo.com
COD area: Semambu, Air putih, Beserah, KOTASAS, POLISAS, UIA Kuantan, IM, Taman Polo

No comments: