Thursday, April 14, 2016

Hamil Tanpa Suami Di Sisi, Ini Panduan Untuk Pasangan Suami Isteri

Suami isteri PJJ ( perkahwinn jarak jauh).. apa boleh buat bila tuntutan tugas memerlukan masing- masing tepaksa berjauhan. Cabaran rumah tangga sudah bermula awal. 



Jauh dari suami, pastinya semuanya digalas sendiri.. tiada peneman hari-hari yang dilalui. 
Tatkala disahkan hamil, pasti ada rasa sedih bila suami tiada di sisi. Masa ni, mungkin berlaku banyak gangguan emosi. 
Tambah-tamabah kalau morning sickness teruk kan?

Ternyata memang bukan mudah, baik untuk isteri mahupun suami. Si suami pasti akan ada rasa risau memikirkan keadaan isteri yang berbadan dua, duduk keseorangan pula. 



Apapun ada yg bertuah, walaupun suami jauh tapi ada ahli keluarga atau ibu bapa yg tinggal dekat.
Untuk isteri yg sedang hamil tapi berjauhan dengan suami, tips dan nasihat yang dikongsikan oleh ibu berpengalaman dalam perkahwinan jarak jauh ini mungkin boleh membantu.
  • Dapatkan sokongan daripada keluarga dan sahabat bila ditakdirkan perlu melalui kehamilan tanpa suami di sisi
  • Kuatkan semangat dan sentiasa berdoa pada Allah agr diri dan kandungan sihat dan selamat tanpa apa2 masalah yang menyukarkan
  • Jangan terlalu banyak berfikir dan sentiasa fikir positif.
  • Usah layan perasaan dengan kerap bersedih sebab ia mengganggu perkembnagan bayi.
  • Kalau ibu bapa dekat, ada baiknya tinggal dengan mereka terutama di akhir kehamilan. Kalau ibu bapa tiada, mintak adik beradik untuk tinggal bersama.
  • Kalau tiada sesiapa yg boleh menenmani maklumkan pada jiran tentang kehamilan anda agar mereka boleh bantu bila berlaku hal kecemasan.
  • Maklumkan lokasi hospital paling dekat dengan rumah kalau hal kecemasan berlaku kepada ahli keluarga yg menemani atau kalau tinggl serumah dgn kawan2 boleh maklumkan kepada mereka.
  • Siapkan beg persediaan ke hospital lebih awal. Letak dalam kereta.

Untuk suami pula, perlu diingat tempoh kehamilan adalah tempoh di mana perasaan isteri lebih sensitif. Isteri mudah merajuk, mudah rasa sedih dan menangis adalah keadaan yang normal. Suka atau tidak, suami harus faham situasi begini. 

Apa yang boleh suami lakukan adalah 
  • Sentiasa bagi semangat dan dorongan buat isteri dan jangan lupa juga doa mohon perlindungan untuk isteri agar kuat menghadapi tempoh kehamilan. 
  • Kerapkan berhubung dan bertanya khabar isteri. Dengan teknologi sekarang, sangat mudah untuk get connected. Buatkan isteri rasa suami dekat walau hakikatnya tinggal berjauhan. Kongsi kegembiran kehamilan isteri. Sebagai contoh, bila isteri ada temujanji dengan doktor, boleh buat video call semasa perbincangan dengan doktor jadi masing2 tahu apa nasihat doktor semasa kehamilan. Hal ini seolah2 suami ada bersama semasa temujanji. 
  • Sediakan keperluan isteri secukupnya sehingga isteri tak perlu untuk dapatkannnya seorang diri. Contoh keperluan makanan dan nutrisi ibu hamil, beli makanan dan keperluan secukupnya selama seminggu jika anda hanya berjumpa isteri seminggu sekali. 
  • Dapatkan vitamin ibu hamil yang boleh membantu isteri untuk kekal cergas semasa kehamilan especially kalau isteri selalu mengadu cramp kaki, sembelit dan sebagainya. Agak sukar juga kalau kena cramp kaki sorang2 tgh malam. 
InsyaaAllah jika kedua pihak banyak toleransi, amanah, jujur dan berkasih sayang kerana Allah, isteri dapat melalui tempoh kehamilan tanpa suami dengan baik dan lancar. 

Ummi nak kongsi sedikit mengenai vitamin ibu hamil ni terutama yang ada maslaah kehamilan seperti HB low, selalu cramp kaki, sembelit, takde tenaga dan sebagainya yang tidak menyelesakan. 
Waktu ummi hamil, ummi memang amik vitamin tambahan sepanjang hamil. Ni vitamin-vitmain yang ummi amik 
  • ESP
  • Vitamin C 
  • Bcomplex
  • Ostemtrix 
  • Vitalea 
Vitamin -vitamin ni basic. Ummi pulak jenis yang tak boleh minum susu, tak mampu nak telan. Hihihihhi jadi ummi amik tablet kalsium magnesium iaiatu Ostematrix. Ummi memang tak boleh skip vitamin ni kalau skip trus rasa macam letih dan badan tak fit. Alhamdulillah sepanajng kehamilan memang takde adegan HB low,  sembelit dan juga cramp. 

Kalau nak dapatkan vitamin yang ummi consume ni boleh contact ummi ya 


SHAKLEE Independent Distributor
Nurul Aziyana (ID 886587)
No Tel: 012-9576172
Email: ummi_anayiza@yahoo.com
COD area: Indera Mahkota, Semambu, Air Putih, Permatang Badak, Bukit Rangin, KOTASAS, UIA, Kuantan


3 comments:

Kakmastory said...

Mmg sedih...lg2 kalau dah anak ke 2 ke 3..yg kat kuar nk kena jaga..diri sendiri lg..semua kerja buat sendiri..mmg ngalir airmata

Tonik Ajaib said...

Kalau kita yang tak hamil ni pun sedih bila berjauhan, inikan pula kalau hamil. Semiga siapa yang tempuhinya kuat la hendaknya :)

Unknown said...

saya hamil anak pertama,trimester pertama ni saya terpaksa tempoh sorang2 sebab suami pergi operasi kat sabah..keluarga jauh..yg ada sahabt saya 2 3 org kat sini.. doakan saya dan kandungan selamat,sihat dan kuat..