Friday, August 5, 2016

Perut Buncit Petanda Cyst? Hilangkan Ovarian Cyst Tanpa Pembedahan

Masalah ovarian cyst.. adakah bahaya dan boleh menyebabkan kematian? Macam mana nak hilangkan cyst yang semakin besar tanpa pembedahan? Bagaimana cyst boleh membesar?



Entry kali ini ummi nak share tentang cyst yang mana semua golongan wanita tak kira la remaja ke atau dah dewasa patut ambil tahu. Ni hal orang perempuan, jadi kena la amik cakna sikit. Lagi pulak, cyst ni boleh dikaitkan dengan masalah kesuburan.

Kalau anda disahkan mempunyai cyst di bahagian ovari..pertama sekali jangan gelabah..jangan takut tak tentu pasal. Ingat mati tu memang sangat bagus tapi jangan la fikir cyst ni membawa maut dan tak boleh dirawat.

Bagaimana ovarian cyst berlaku?

Yang sebenarnya cyst ni ada pada semua wanita yang mengalami haid. Ia terbentuk dan menjadi sebahagian daripada kitaran haid yang normal. Ia juga penting untuk melindungi telur yang disenyawakan oleh sperma. Cyst juga adalah tempat di mana penghasilan hormon estrogen berlaku Bila ia akan jadi tak normal? Teruskan baca

Bila cyst yang sepatutnya pecah? Bila berlaku ovulasi.Ada sesetengah wanita rasa sakit semasa proses ovulasi ni. Rasa sakit ni disebabkan oleh proses pembesaran cyst td

Jadi kita boleh kategorikan cyst ni kepada 2 iaitu
  • Fisiologi (juga dikenali sebagai fungsi) - satu jenis berlaku sebelum ovulasi dan dipanggil ovulasi atau folikel cyst. Satu lagi berlaku selepas ovulasi dan dipanggil  corpus luteum cyst. Cyst fisiologi ni hilang dengan sendiri dan tidak memerlukan pembedahan.
  • Patologik - ini adalah cyst yang tidak normal dan secara amnya tidak hilang dengan sendiri.Terdapat beberapa jenis cyst patologi termasuk dermoid cyst dan cystademomas. Cyst boleh berkembang dan menjadi agak besar dan boleh menyebabkan kesakitan. Di samping itu cyst dalam kategori ni boleh menyenbabkan pendarahan.
Jadi yang patut puan/cik risau adalah kategori yang ke2 ni iaitu patologik. Patologik ni bila folikel yang biasanya mengeluarkan telur tidak terbuka. Ini menyebabkan cecair terhasil dan membentuk cyst. 

Apakah tanda-tanda dan gejala ovarian cyst?

Kebanyakan ovarian cyst tidak menunjukkan apa-apa gejala. Tetapi ada yang boleh menyebabkan gejala, termasuk:
  • tiba-tiba, sakit yang tajam (yang bermaksud cyst itu mungkin pecah)
  • terasa sesuatu yang menyakitkan (yang bermaksud cyst berkenaan mungkin besar)
  • Perut buncit
  • Haid yang tidak teratur 
  • Kerap membuang air kecil
  • Loya atau muntah-muntah
  • Sakit secara tiba-tiba, tajam atau berterusan boleh menjadi tanda bahawa ovarian cyst telah pecah. Ini boleh menjadi serius dan rawatan perubatan mungkin diperlukan segera.
  • Sakit semasa hubungan suami isteri
Bagaimanakah ovarian cyst biasanya didiagnosis?

Imbasan ultrasound akan mengesahkan jika terdapat cyst dan berapa besar saiznya. 

Imbasan ultrasound juga akan dapat melihat apa bahagian dalam cyst tersebut.

Cnth kalau cyst jenis fisiology ianya dipenuhi dengan cecair sahaja. Kadang-kadang bukti pendarahan di dalam cyst tersebut dapat dilihat pada imbasan.

Cyst jenis patologi pula dilihat mengandungi campuran cecair dan pepejal tisu. Imbasan ini biasanya boleh memberitahu jika ada kemungkinan bahawa cyst adalah kanser atau bukan. Jika terdapat kemungkinan bahawa cyst adalah kanser, maka ujian lebih terperinci seperti imbasan MRI mungkin dicadangkan.

Cyst yang besar saiznya perlu dibuang. Biasanya melalui pembedahan. Tapi ramai yang takut melalui fasa pembedahan ni. Ada yang sanggup menahan sakit dari berjumpa dengan doktor.

Jangan begitu. Dapatkan checkup details dari doktor, kemudian kalau nak ikhtiar cara lain selain pembedahan terpulang lah. Apapun jangan smapai membahayakan diri.

Ummi nak share macam mana nak hilangkan ovarian cyst dan boleh elak dari pembedahan. Ini berdasarkan pengalaman ramai wanita yang mengidap masalah ini. Mana tau ia membantu cik/puan untuk kecutkan cyst.


Cyst hilang. Berita baik pulak, berjaya hamil lepas trying to get pregnant after 6 years. Alhamdulillah. 2 masalah selesai. 


Ya, ummi memang cadangkan Vivix, tonik antioksidan terbaik untuk masalah cyst, fibroid mahupun yang berusaha untuk hamil 



Apa keistimewaan VIVIX? 

Vivix kaya dengan resveratrol. Apa kelebihan resveratrol? Resveratrol kaya dengan antioksidan di mana suplemen antioksidan semula jadi  boleh mengurangkan tekanan oksidatif dan kerosakan kepada sel-sel.




Untuk order Vivix boleh hubungi ummi di talian berikut 

SHAKLEE Independent Distributor
Nurul Aziyana (ID 886587)
No Tel: 012-9576172
Email: ummi_anayiza@yahoo.com
COD area: Indera Mahkota, Semambu, Air Putih, Permatang Badak, Bukit Rangin, KOTASAS, UIA, Kuantan






No comments: