Saturday, July 8, 2017

5 Tabiat Yang Menyebabkan Pori Wajah Besar. Hentikannya Segera.

Pori wajah besar, apa yang berlaku? Kulit nampak kasar. Orang kata kulit berkawah. Walaupun pori tu kecil je tapi kalau dah jadi besar berkawah memang boleh bagi impak la pada penampilan. Sebenarnya apa penyebab pori wajah besar? Macam mana nak kecilkan semula pori wajah besar ni?



Ada beberapa tabiat yang mungkin secara tak sedar kita buat sehingga pori wajah kita nampak lebih besar.

Jom semak

#1: Picit Jerawat 

Geram tengok jerawat, sebab tak boleh tahan dipicitnya jerawat tu. Tabiat ni sebenarnya mengundang kepada lebih banyak tindakan bakteria kuman dan minyak yang meningkatkan tindak balas keradangan. Ini berlaku apabila kotoran dan bakteria memasuki liang, mereka menyekat kelenjar minyak dari menolak sel minyak dan kulit mati keluar. Kelenjar tidak berhenti menghasilkan minyak, jadi minyak yang dihasilkan makin banyak. Maka lebih banyak ruang untuk memenuhi pengeluaran minyak tersebut.

Tindakan memicit jerawat ni bukan sahaja meninggalkan kawah pada wajah tapi juga boleh beri kesan parut yang susah nak hilang. Pori wajah besar, parut pula melekat.

#2: Terlalu banyak sentuh kulit muka dalam sehari. 

Kadang-kadang kita buat ni dalam keadaan tak sedar. apabila kita menyentuh wajah, apa yang berlaku sebenarnya kita dah pindahkan semua kuman, bakteria, habuk dan semua kekotoran di tangan kita pada wajah.

Ini menyebabkan liang pori kita dipenuhi dengan semua kekotoran tersebut.

#3: Lupa nak basuh muka sebelum tidur

2 Situasi yang perlu dicuci muka iaitu selepas solek dan sebelum tidur. Tidur dengan kesan makeup di wajah boleh menyebabkan kulit wajah cepat rosak dan kusam.

Jadi letih macam mana pun, pasti kena cuci muka sebelum tidur.

Baca juga >> Cara Bersihkan Muka Dengan Betul Elak Jerawat

#4: Lupa Scrub Wajah 

Sekali sekala kena juga scrub wajah. Supaya sel-sel kulit mati dihilangkan dari wajah . Sel kulit mati boleh menyebabkan kulit kusam dan wujudnya pigmenatasi.

Nak tahu pencuci muka yang ada fungsi scrub tapi secara halus? Boleh tengok di LINK INI 

Baca juga >> Cara Buang Sel Kulit Mati Elak Kulit Kusam 

#5: Pakai make up Yang Salah 

Ada yang pakai concealer sebab nak tutup cela di wajah. Tetapi apa-apa yang bersifat comedogenic (menyumbat liang) yang boleh menyumbat liang pori dan jadikan pori wajah besar. Makeup berasaskan mineral adalah lebih sesuai

CARA KECILKAN LIANG PORI WAJAH

Pori wajah yang besar boleh dikecilkan dengan memberikan nutrisi yang betul kepada kulit.
Kulit kita perlukan khasiat daripada makanan untuk mengekalkan kesihatan,kalau kita kekurangan vitamin tertentu, mencari makanan tambahan yang betul boleh memulihkan kembali masalah kulit termasuklah pori wajah yang besar.

Supplement boleh bantu cegah jerawat dan mengelakkan inflamasi serta meningkatkan sistem imun badan. Dan juga membantu dari perlindungan terhadap kerosakan kulit akibat dari pendedahan kepada alam sekitar.

Yang bestnya Vitamin tertentu, mineral penting dan tambahan asid lemak boleh mengelakkan kulit dari mempunyai minyak berlebihan, bintik hitam dan laing pori yang besar.

4 Vitamin Untuk Kecilkan Liang Pori

#1: Vitamin A (Carotomax) 

Untuk kulit yang sihat, liang pori wajah kita perlu mengeluarkan minyak. Walau bagaimanapun, kalau pengeluaran minyak/sebum berlebihan, ia akan tersumbat dan sel-sel kulit mati, bintik hitam akan menjadi lebih banyak menyebabkan liang pori jadi besar.

Vitamin A adalah penting untuk mengekalkan, membaiki dan mengukuhkan perlindungan tisu kulit. vitamin a bertindak sebagai antioksidan yang mengeluarkan toksin dari badan dan membantu untuk mengurangkan pengeluaran sebum.


#2: Vitamin C Sustain Released

Vitamin C bertindak sebagai antioksidan untuk melindungi kulit daripada radikal bebas. Radikal bebas adalah sebatian yang wuju apabila badan menukar makanan kepada tenaga,  terdedah kepada pencemaran alam sekitar seperti asap rokok, pencemaran udara dan cahaya matahari ultraungu. Vitamin C juga menghasilkan kolagen, yang membaiki kulit dan melindungi sistem imun.
Vitamin C juga mengurangkan pengeluaran sebum yang berlebihan.



#3: Omega Guard 

Jika kita kekurangan omega 3 asid lemak, kulit akan dapat kesannya. Blackheads terbentuk apabila minyak dan kulit mati menyumbat liang kulit. Asid lemak Omega 3 memainkan peranan penting dalam mencapai kulit yang sihat dengan mengawal kulit tidak stabil dan membantu mengekalkan keanjalan.



#4: Collagen Powder

Kulit kehilangan keanjalan apabila umur meningkat kerana kolagen sudah semakin lemah. Kolagen membantu mengekalkan liang pori yang kecil dan ketat, jadi apabila ia rosak, liang boleh berehat dan mengembang lagi. Anjal gitu. Collagen Powder lebih cepat kesannya


Miliki pori wajah yang besar? Kini, lebih mudah mengecilkannya dengan bantuan vitamin yang betul dan terbaik. Nutiri cukup, tentu lah kulit akan nampak lebih cantik dan sihat. Tak pakai makeup pun tetap nampak cantik dan licin. 

Untuk pembelian vitamin kecantikan kulit ni, boleh klik gambar di bawah 


Untuk JADI AHLI SHAKLEE dan nikmati pembelian dengan harga yang lebih jimat, boleh hubungi

Nurul Aziyana (ID 886587)
No Tel: 012-9576172  (klik link ini untuk lebih pantas http://aziyanashaklee.wasap.my)
Email: ummi_anayiza@yahoo.com
COD area: Indera Mahkota, Semambu, Air Putih, Permatang Badak, Bukit Rangin, KOTASAS, UIA, Kuantan, Kampung Padang. 


No comments: