Thursday, August 10, 2017

Persediaan Untuk Hamil Dengan Multivitamin, Bagaimana Ia Membantu?

Bila ikhtiar nak hamil mungkin anda pernah dengar saranan untuk ambil vitamin. Lebih spesifik, multivitamin. Nak tahu? Ia bukan cakap-cakap kosong ataupun kata-kata sang penjual vitamin supaya vitaminnya laku tapi ia dibuktikan dengan kajian di Harvard Universiti.



Multivitamin tu ibarat backup plan kepada diet kita. backup bila nutrisi yang kita ambil tak cukup.
"Kajian dari sekolah Perubatan Harvard yang melibatkan 18,000 wanita telah menunjukkan bahawa mengambil multivitamin, terutama asid folik, dapat meningkatkan peluang kehamilan "
Walaupun tidak ada pil ajaib untuk kesuburan, tapi kombinasi vitamin dan mineral pasti memberi kesan kepada kesuburan.

Kepentingan Nutrien untuk Kesuburan & Kehamilan

Pemakanan memainkan impak yang besar dalam kesuburan dan kehamilan yang sihat. Kekurangan nutrisi telah dikaitkan dengan masalah berikut
  • Ovulasi
  • Hormon tak seimbang
  • Jumlah sperma yang rendah dan banyak lagi. 
Kita sebenarnya adalah apa yang kita makan.

Setiap sel dalam badan akan membentuk organ, hasilkan hormon dan enzim yang buatkan kita ni adalah kita pada hari ini.

Dan semua ni terhasil melalui nutrient yang kita masukkan dalam pemakanan kita. kalau lah kita berkompromi dengan diet yang entah apa-apa, kita sendiri yang jejaskan kesuburan.

Contoh nutrient paling glemer untuk kesuburan dan kehamilan adalah asid folic. Asid folik diperlukan oleh janin sebelum hamil lagi, dan kekurangan nutrien ini boleh menyebabkan kecacatan kelahiran yang serius. Satu lagi contoh ialah besi, kekurangan zat besi dikaitkan dengan kekurangan ovulasi.

Ambil multivitamin setiap hari boleh membantu mengisi jurang di mana diet yang tak cukup nutrisi.

Sejauh Mana Multivitamin Tu Perlu? 

Cuba tanya soalan-soalan ni pada diri sendiri

ada tak skip makan dalam sehari? Contoh tadi takdan nak brekpes ?
ada alahan makanan tertentu. Kalau makan je naik bintik merah ?
ada lingkaran gelap bawah mata ?
selalu stress. Kat rumah stress, kat tempat kerja stress ?
makan banyak proses food?
makan hanya 2 hidangan buah setiap hari?
makan hanya 3 hidangan sayur setiap hari ?
selalu sakit, demam, selsema, sakit badan ?
masa haid, darah haid warna merah pekat, ada cramp atau pengeluaran darah ketul2 dan tak lancar ?
tak cukup tidur ?
makan at least satu hidangan sayur hijau setiap hari?

Kalau banyak yang YES, memang nyata lah tak cukup pun nutrisi. Macam mana nak sel kita sihat dan boleh function dengan baik kalau tak cukup nutrisinya. Ibarat analogi mudah kita pun kalau tak cukup air udah rasa dahaga, tak cukup makan udah ketar gegar satu badan. Agaknya sel tu dah ketar2 dah sebab tuannya tak bagi cukup nutrisi.

Multivitamin Shaklee


NUTRISI PENTING UNTUK KESUBURAN 


Vitamin D: Vitamin D diperlukan untuk membantu badan menghasilkan hormon seks yang seterusnya memberi kesan kepada ovulasi dan keseimbangan hormon. 

Vitamin E: Gizi ini seperti yang ditunjukkan dalam kajian untuk meningkatkan kesihatan dan motilitas sperma pada lelaki. Kajian juga menunjukkan kekurangan Vitamin E sebagai penyebab kemandulan dalam tikus. Vitamin E juga merupakan antioksidan penting untuk membantu melindungi integriti DNA sperma dan telur.

Vitamin C: Vitamin C meningkatkan tahap hormon dan meningkatkan kesuburan pada wanita yang mempunyai masalah hormon progesteron tak cukup, menurut satu kajian yang diterbitkan dalam Fertility and Sterility. Bagi lelaki, vitamin C meningkatkan kualiti sperma dan melindungi sperma daripada kerosakan DNA; Membantu mengurangkan peluang keguguran dan masalah kromosom. 

Vitamin B6 boleh digunakan sebagai pengatur hormon. Ia juga membantu mengawal gula darah, mengurangkan PMS, dan mungkin berguna untuk melegakan gejala morning sickness. 

Vitamin B12 membantu meningkatkan kualiti dan pengeluaran sperma. Ia juga boleh membantu meningkatkan lapisan endometrium dalam persenyawaan telur, mengurangkan kemungkinan keguguran. Sesetengah kajian mendapati bahawa kekurangan B12 dapat meningkatkan peluang ovulasi tidak teratur, dan dalam kes-kes yang teruk menghentikan ovulasi sama sekali.

Asid folik: Mungkin salah satu vitamin yang paling terkenal untuk kehamilan adalah asid folik. Vitamin ini membantu mencegah kecacatan tiub neural serta kecacatan jantung kongenital, cleft lips, kecacatan anggota badan. Kekurangan asid folik boleh meningkatkan risiko kelahiran pramatang, berat lahir bayi yang rendah. Kekurangan mungkin juga meningkatkan tahap homocysteine ​​dalam darah, yang boleh menyebabkan keguguran spontan dan komplikasi kehamilan, seperti gangguan plasenta dan preeklampsia.

Iron: Kajian menunjukkan bahawa wanita yang tidak mendapat jumlah iron yang cukup mungkin mengalami anovulasi (kekurangan ovulasi) dan menjejaskan kesihatan telur yang boleh menghalang kehamilan pada kadar 60% lebih tinggi daripada mereka yang mempunyai iron yang mencukupi dalam darah mereka.

Selenium: Antioksidan ini membantu melindungi telur dan sperma daripada radikal bebas. Radikal bebas boleh menyebabkan kerosakan kromosom yang diketahui menjadi punca keguguran dan kecacatan kelahiran. Selenium juga diperlukan untuk penciptaan sperma. Dalam kajian, lelaki dengan jumlah sperma yang rendah juga didapati mempunyai tahap selenium yang rendah.

Zink: Pada wanita, zink berfungsi dengan lebih daripada 300 enzim yang berlainan dalam badan untuk menjaga fungsi badan dengan baik. Tanpa zink, sel-sel anda tidak dapat membahagikan dengan betul; Paras estrogen dan progesteron boleh jadi tak seimbang dan sistem pembiakan mungkin tidak berfungsi sepenuhnya. Menurut satu kajian, tahap zink yang rendah telah dikaitkan dengan keguguran pada peringkat awal kehamilan.

Semua nutrient ni ada dalam Multivitamin. Namun ada beberapa vitamin khas yang mempunyai nutrisi-nutrisi ni semua

Dalam Shaklee, keperluan nutrisi ni complete dalam SET PRENATAL. 



Set ini mengandungi

  • Vitalea (multivitamin) lengkap dengan iron
  • Bcomplex lengkap dengan 8 vitamin B dan asid folic
  • Vitamin C
  • Ostematrix (lengkap dengan kalsium, vitamin d dan magnesium serta 4 nutrien penbina tulang) 
  • ESP
  • Omega Guard  (lengkap 7 spektrum oemga 3)
Nutrisi yang baik meningkatkan peluang untuk hamil dan membina asas yang sihat untuk bayi. Set ini melengkapi jurang nutrisi dan menyokong kehamilan yang sihat.

Jadi ibu yang nak hamil, sedang hamil disarankan untuk mengambil vitamin yang ada dalam set prenatal ni terutama mereka yang ada masalah HB low, tekanan darah tinggi dan kencing manis semasa hamil, sembelit, cramp kaki, selalu lemah dan kurang tenaga.

Nak dapatkan set prenatal yang lengkap untuk nutrisi ibu hamil?

Boleh hubungi Kak Yana di talian berikut

Nurul Aziyana (ID 886587)
No Tel: 011-11548031
  (klik link ini untuk lebih pantas http://aziyanashaklee.wasap.my)
Email: ummi_anayiza@yahoo.com
COD area: Indera Mahkota, Semambu, Air Putih, Permatang Badak, Bukit Rangin, KOTASAS, UIA, Kuantan, Kampung Padang. 

Dapatkan DISCOUNT PEMBELIAN dengan menjadi AHLI SHAKLEE . Hubungi http://aziyanashaklee.wasap.my) untuk info lanjut

No comments: