Saturday, December 16, 2017

Apa Yang Syiok Sangat Dengan Bisnes Shaklee, Saya Kongsi

Yeayy alhamdulillah tahun ni dah tahun ke5 saya dengan bisnes ni. Yang asalnya hanya pengguna, kemudian decide nak share kebaikan product, dapat pula pembeli terus lah hingga hari ini menjadi pengedar product Shaklee yang aktif terutama di Kuantan.



Jadi apa yang bestnya dengan bisnes Shaklee ni?

Yang bestnya, kelebihan bisnes Shaklee ni ada yang takde pada bisnes lain.

#1. Tak pening fikir product 

Cuba uolls fikir, nak buat product sendiri bukan senang tau. Kalau takde passion, takde semangat juang, takde hati kental jiwa kebal agak payah nak bina prodcut sendiri. Dan ia akan ambil masa berbulan-bulan dengan macam-macam perkara kena setup.

Dan banyak juga product yang outsource tapi cop atau label syarikat jenama sendiri.

Yang lebih malang, jual product promote kaw kaw tapi tak pula guna sendiri product tu, tak pula makan prodct yang dijual.



Berbeza dengan Shaklee, kami pengedar ni bukan sekadar jual tapi kami guna dan amal segala product Shaklee. Macam saya, semua pencuci rumah pun dah bertukar ke Shaklee, apatah lagi vitamin memang semuanya ambil Shaklee. In fact, yang start jadi pengedar pada asalnya adalah hanya pengguna. Tapi seronok berkongsi kesannya dengan orang lain, tetiba jadi pengedar.

Kami guna dan kami kongsi, itu prinsip asasnya. Jadi bila customer tanya, apa rasa VIVIX ek? Kami boleh explain rasanya sampai anda pun rasa meleleh air liur nak try :) Ekekekeeke.

#2: Tak perlu nak bukak kedai dengan modal berpuluh ribu

Jadi pengedar Shaklee tak perlu buat loan. Modal bayar yuran ahli atau ada juga yang jadi ahli secara PERCUMA. Dan lebih best, tak perlu nak bukak kedai lambak stok. Rumah adalah kedai. Tak bukak kedai, tapi masih boleh jana keuntungan. Tak perlu pening kepala nak bayar sewa kedai, bil air dan bil api kedai.

#3: Tak Perlu Urus Pekerja 

Bila buka kedai, mestilah ada pekerja juga kan. Sebab kadang-kadang kita tak leh nak duk kat kedai sepanjang masa. Ada ketika kita nak kena keluar untuk urusan-urusan tertentu. Takkan sekali nak keluar time tu nak tutup kedai pula.

Tu belum lagi berdepan dengan karenah pekerja. Nak bayar gaji sekian hal. Nak training diorang lagi. Tak boleh expert pekerja tahu semua atau pandai macam kita.

Pekerja untuk uruskan product kita, nak kena cari yang educated dan talented. Contoh nak amik pekerja dalam bidang R&D, bukan sebarangan orang boleh pilih. Bila dah berkelayakan, gaji pun mesti lah setaraf.


Bisnes Shaklee, kami tak fikir dah pasal tu semua. pasal product, ada saintis, ada nutritionist, staff shaklee yang uruskan semuanya. Kami, hanya sebarkan kebaikan product dan bina bisnes supaya lebih ramai yang boleh jana income dan hidup sihat.

Lagi yang best, bisnes ni AUTOMATE. Maknanya kami tiada di Malaysia pun, kedai maya sentiasa on. Order boleh dibuat dan boleh sampai pada customer dengan baik.

#4: Kaya ramai-ramai dan bersama 

Sistem yang adil. Tak kira join bila, semuanya tiada had kejayaan. Antara upline downline juga begitu. Downline boleh lebih kaya dari upline bila downline usaha lebih. Tiada istilah kaya sorang-sorang. Atau siapa yang masuk dulu dia kaya dulu. No.



Apapun semua bisnes tetap ada peluang dan cabaran masing-masing. Bukan kata bisnes lain tu tak best, semua bisnes pun insyaaAllah ada kelebihannya yang tersendiri.

Paling penting dalam bisnes ni, paling-paling pening pun layan karenah customer dan downline. Jadi kalau rasa bisnes Shaklee ni susah, yang lain insyaaAllah lebih susah terutama bisnes konvensional.

Ada downline saya bukak kedai Vendor butik pun akui yang bisnes tu lebih stuggle dari bisnes Shaklee. Nampak macam best, tapi hakikatnya Shaklee lebih tak menyeliratkan otak. Sudahnya, sekarang dah tutup butik tu dan beliau fokus 100% dengan bisnes ni.

Ok, tu je yang saya nak share dari pengalaman sepanjang 5 tahun ni. Mungkin lain orang, lain jugdementnya terutama kalau ada pengalaman buruk dengan bisnes ni akibat mendaftar dengan kumpulan yang ajar teknik yang tak betul dalam berbisnes. Bisnes yang sama, tapi diterajui leader yang berbeza makan akan ada la jalan yang menyimpang, untuk naik lebih cepat.

Penting untuk pilih leader yang betul dan group yang betul. Nak senang bukan sebulan dua, tapi mestilah bertahan lama, ye dak?

Nak jadi pengedar Shaklee dan bina kesihatan sendiri dan orang lain? Boleh rujuk ENTRI ini dengan lebih detail.


Nurul Aziyana,
Business Leader 
012 9576172 (http://aziyanashaklee.wasap.my)

BERMINAT NAK JANA INCOME MODAL RENDAH DENGAN KAMI? SILA KLIK LINK INI 


BERMINAT NAK DAPAT PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN? DAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI



No comments: