Monday, April 9, 2018

Nak Join Yang Mana Satu ? Shaklee? Amway? Hi-O? Mary Kay? Tupperware? Ini 6 Element Yang Perlu Lihat

Waaah panas tajuk. Terus tembak nama-nama company besar network marketing di Malaysia. Hahahahaha. Cool, post ini tidak membandingkan mana yang lebih mana yang kurang. Jadi kalau nak cari perbandingan dalam post ini, insyaaAllah tak jumpa.



Jadi apa tujuan sebenar?

Tujuan entry ini lebih fokus kepada 6 elemen penting jika uolls nak jadi pengedar kepada mana-mana syarikat network marketing yang ada. Tak kria lah di malaysia ke benua afrika ke zimbabwe ke sama je konsepnya.

Kita jadi pengedar, of coz kita nak kelebihan sebagai pengedar yang company sediakan. Kan? Kalau hari ni pengedar, esok syarikat bungkus aihh buang karan ajo.

So ini 6 element yang perlu diberi perhatian

Elemen #1: Syarikat stabil 

Korang korek la dulu dah berapa lama company tu. 10 tahun? 20 tahun? atau 60 tahun?
Biangan tahun ini menggambarkan kestabilan syarikat. Kita mesti lah nak yang stabil. Kalau tak stabil, mcam kak yana kabo tai register hari esok bungkus, haru kita.

Elemen #2: Excellent product. 

Maknany product yang customer guna dan repeat guna sentiasa. Makna kata, guna habis dan guna lagi dan lagi. Repeat order tinggi. Permintaan tinggi. So cari lah mana syarikat yang productnya memang diguna ramai.

Nak tahu senang je, berlambak2 testimoni tu adalah yang paling mudah nak track.

Elemen #3: Pelan pembayaran bonus

Macam mana adil dan saksamanya pembayaran bonus. Dan paling penting tak pernah fail bayar bnus setiap bulan. Macam mana adilnya pembahagian bonus di antara yang baru join dan yang lama join.

Elemen #4: Integriti pihak pengurusan

Tengok kepada CEOnya. Pengalaman CEO, pengalamannya dalam network marketing industry? adakah ada reputasi yang bagus? Apa yang dah dibuat?

Elemen #5: Momentum

Tengok kepada syarikat tu. Adakah mula-mula je viral lepas tu diam. Ataupun sentiasa viral. Ade je pasal company tu setiap masa. Dan adakah syarikat tu sentiasa naik. Dan product boleh bertahan berpuluh tahun, maknanya product tidak mengikut musim.

Elemen #6: Support, training dan sistem bisnes

Anda mungkin pilih syarikat yang excellent, product yang boleh bagi beza yang ketara lepas makan, ada sistem yang senang untuk diikut dan buat. Duplicable lah kiranya. Syarikat juga sentiasa sediakan training untuk tambah kemahiran. Ada reward dari pihak syarikat yang boleh digrab.

So ini 6 element yang perlu dilihat. Paling basic dah ni.
Kaji betul-betul. Jangan ikut orang je semata-mata. InsyaaAllah next entry kak yana kongsi pengalaman kak yana dengan syarikat yang ada 6 element ni.

So follow blog kak yana yeayhh :)

No comments: