Wednesday, July 27, 2011

Kemurahan hati

Lately sejak diperkenalkan oleh geng opis, aku mmg setia mendengar ceramah Prof Dr Muhaya. Aku xpernah dgr slot secara live..hanya download dan dgr bila2 masa. Mmg sangat banyak nasihat dan motivasi yg sangat memberi impak pd diri.

Kadang benda yg sama tp sentiasa diulang2 dalam slot beliau. Contoh, beliau sentiasa sebut redha Allah ke redha manusia?? nampak simple, tp maknanya cukup dalam, cukup penting malah mempengaruhi seluruh genap kehidupan, dalam setiap hela nafas yg dihembus.

Kali ni aku nk share mengenai satu tajuk 'Kemurahan Hati".Konsep kemurahan hati luas, kalau kita nk tolong orang, niat nk tolong insyaAllah Allah akan bg jalannya..sentiasa fikirkan apa yg kita boleh beri bukan apa yg kita boleh dapat..


Murah hati - Hati kita ni dibawa ke mana-mana..hati menetukan segala perangai..org yg hati baik xstress.

Ada mcm2 jenis kemurahan hati, antara kategorinya:

Kerohanian - Kalau kita org yg tahu ilmu agama, dan amalkan apa yg tahu, guna rohani utk tolong org lain..niat suruh org dekat pd Allah, sentiasa ade niat nk jadi wakil Allah untuk sampaikan apa yang kita tahu untuk betulkan orang lain.

Kewangan - Apa yang kita ada, apa salah biar org lain juga merasa. kalau kita dapat bonus, apa salah biar keluarga juga merasa, mertua merasa, adik beradik merasa.. Jika anda bos, pangkat besar2 apa salahnya kuarkan sebhgian sikit untuk belanja kakitangan bawahan. Apa salah duit yg banyak itu selesaikan masalah kesusahan org lain. Macam mana kita menyelesaikan masalah orang, insyaAllah Allah akan selesaikan masalah kita.

Ilmu - org yg banyak ilmu jgn kedekut jgn berkira ..Org yg paling bahagia adalah bahagia melihat org bahagia..jika kita jumpa dengan peluang yg baik, jgn cuba compete sebaiknya kerjasama, share knowledge. sentiasa percaya rezeki Allah sangat luas, jgn cantas orang, jangan dengki pada orang.

Last but not least..apabila dengar masalah orang, MURAHKAN HATI untuk doakan moga Allah selesaikan masalahnya.

1 comment:

mun said...

bagusnya entry nie yana...thanks for sharing tau