Friday, July 15, 2011

Sambung belajar

Eh2 bukan aku yg nak sambung belajar..bukan lg buat masa ini. Aku belum bersedia. Kudrat yg ada tidak mampu lg untuk dibahagikan antara keluarga, kerja dan belajar. Masih dalam mood hujung minggu adalah untuk bermalas-malasan, keluar bersiar-siar ikut suka hati atau lepak2 di rumah aje. Jd komitmen untuk belajar masih belum terlintas di fikiran aku.

Sekarang kan musim budak2 spm sambung belajar, masuk universiti, masuk poli, masuk kolej swasta,masuk institut kemahiran, sambung tingktan 6 dan mcm2 lg la. Aku ucapkan tahniah bg yg berjaya menyambung pengajian. Sesungguhnya niat untuk sambung belajar tu sangat murni. Ilmu kan paling penting untuk hidup. Jd kalau ada pluang, just grab it. Jgn fikir 2 kali. Keputusan sentiasa tepat. tak de org pun bila sambung belajar dia rugi. malah anda rugi kalau tak dapat nk menikmati alam yg super seronok tu walaupun kekangan kewangan kdng2 mnyesakkan. But just be happy. Enjoy the moment of being a student. Serius sampai skrg teringat memori menjadi pelajar universiti. Dan kadang2 terasa nk masuk semula ke alam tu.

Aku sebenarnya nk cerita ttg one of my student kt poli ni. Idea terbit bila baca blog HJ ttg adik iparnya yg baru jejak kaki ke poli shah alam. ye mmg sekarang sesi kemasukan Julai untuk pelajar2 poli. Minggu lepas adalah minggu registration dan minggu ini sudah strt sesi kuliah. Boleh dikatakan sesi bz untuk pensyarah2. Dan sem ni pegang lg title PA (academic supervisor) lepas 1 sem direhatkan.

Gelagat pelajar2 baru semestinya mcam2. Ada yg teruja, semangat nk mulakan belajar. Ada yg baru masuk sudah culture shock. Ada yg terlalu merindui mak ayah sampai xboleh nk tidur, sampai setiap hari jam 2 3 pg pun kacau mak ayah nk tidur dgn tangisan sedu sedan sbb homesick, akibat tidak pernah berjauhan dengan keluarga.

Padahal masing2 sudah besar panjang, kalau dapat tawaran masuk universiti, universiti pulak jauh dari rumah awal2 lg bersedia la untuk berdikari, jgn fikir lg kalau mak tak ade siapa nk basuh baju, siapa nk siapkan makanan, siapa nk tolong kemas katil siapa itu siapa ini. Pastinya semua kena urus sendiri. Pandai2 la bawak diri. sesuaikan dengan keadaan baru. kalau bukan sekarang lambat laun berpisah jugak dgn mak ayah..xkan sampai ke tua nk berkepit bawak ketiak mak.

Berbalik pd my students ni, 1st day perjumpaan dgn PA, sudah mau isi borang berhenti. sesi pembelajaran pun belum bermula lg. Ayyoo kenapa awl2 lg tidak tolak saje tawaran kemasukan. Xperlu nk kemas barang, xperlu nk menempuh perjalanan 7 jam dari kelantan-kuantan, xperlu bazirkan duit minyak yg makin mahal sekarang ni dan paling penting tak perlu bazirkan duit bayar segala yuran yg sememangnya burn mcm tu je kalau berhenti.

Semuanya gara2 tidak pernah berpisah dengan keluarga, mata tidak boelh lepas dari pandangan keluarga. Setiap hari telefon peneman setia buat pengubat rindu yg tidak dapat ditahan2 lg dah. Setiap hari menangis mengadu tidak boleh hidup berjauhan. Alahai agaknya bila sudah kawen, mak pun tak ingt nk telefon.

Tambah menyesakkan, awal2 sudah diberitahu pembelajaran adalah fully in english. Semua quiz, test, assignment n soalan final exam semuanya bukan lg dwi bahasa seperti dulu yg mana kalau tidak tahu bahasa inggeris, n problem at all sbb boleh jenguk tafsiran dalam bahasa melayu yg telah disediakan. Maka surrender..tidak boleh hadapi cabaran yg satu tu. Akhirnya keputusan berhenti adalah muktamad. walau apa pun terjadi, sudah tidak boleh nk teruskan pengajian di sini.

Terserah.

Aku tidak akan memaksa. kalau sudah tidak boleh sangat tiada paksaan. malah aku suka juga, berkurang la anak yg nk kene tanggung. Aih jahat bunyinya. Tp itu la, kalau awal2 sudah berkeinginan mahu berhenti biarkan sahaja. Kalau disekat2 nnt lama2 buat hal juga. Baik awal2 ni dilepaskan terus. Mungkin juga itu lebih baik untuknya, mana la tahu kan perancangan Allah tiada siapa boleh menghalang.

Cerita tidak habis lg.

Ptg selepas student tu isi borang berhenti, aku dapat panggilan daripada ibunya. Sebenarnya dari situ baru aku dpt tahu punca sebenar yg dia nak berhenti (yg aku sebut td). Pd aku dia hanya cakap masalah peribadi. Disuruh bercerita dijawabnya masalah peribadi takkan nk cerita kt orang. Aih pandai pulak menjawab. Sudah, aku pulak yg terkena.

Alahai pelajar, sila la berhemah sikit nk menjawab tu. Aku tahu la masalh peribadi tp tak guna la aku ni dilntik menjadi PA kalau pelajar tidak boleh nk berkongsi masalah peribadi. Mana la tau kadang masalahnya kecil sahaja tp dianggap besar maka jalan pintas diambil. Kalau boleh diselesaikan, selesai dulu. Carik jalan dulu. Bukan menyerah kalah. Tp bila ibu sendiri yg menelefon dan minta diberi kebenaran untuk berhenti aku tidak boleh nk cakap apa. ibu mana yg tahan anak menangis nk balik, yer dop??

Hantar saje la pd bos mintak sign persetujuan. Biar la dia teruskan hidup di rumah. kata ibunya dia mahu smabung tingkatan 6. Ok i wish gud luck n all the best in the future. Moga pilihan itu adalah yg terbaik untuk kamu wahai pelajar. Dan yg penting jangan pula kamu menyusahkan kedua ibu bapa yg banyak berkorban untuk kamu tu. Dan untuk pelajar lain selamat berjuang. Tiada yg mudah dalam hidup ini. Tp ingt yg susah itu kesudahannya insyaAllah menjanjikan yg manis2 dan indah mcm yg sy rasa sekarang ini. :) peace.....

2 comments:

CaHaYa^KetEnaNGan said...

teringat memori jadi PA..mmg macam gelagat..masa dulu, nurul jadi PA budak sijil, bayangkan bila final exam, 9 org drpd 40 org yang lulus semua subjek..sakit kepala nak settlekan diaorg punye subjek sem depan..lagi pulak yang tetiba nak berhenti tak isi form..nak tak nak, menipu la, nurul yang isi form, tanda tangan bagi pihak..sbb mmg diaorg tak nak dtg settlekan pemberhentian mereka tu..makin naik sem makin ramai yang berhenti, tp prestasi diaorg pun makin meningkat, dah kurang yang fail tu..pengalaman yang tak kan muncul lagi :-(

antalya said...

ish ish ishh apa punya bangang lah bdk tu.tolak tuah.menyusahkan ibu bapa pon ye jgk.blom apa2 lg xnak berusaha.