Saturday, August 20, 2011

Di mana silapnya

Puasa dah masuk 10hari terakhir. Refleksi ramdhan kali ini? Huh..mengeluh! Aku rasa mcm dalam banyak2 ramdhan, ini yg paling kurang amal ibadat aku. Too bad for me. Bukan tidak berkeinginan, tp ada saje halangan. Sedih weh. Rasa mcm kosong je, xpuas hati langsung dengan pencapaian diri sendiri. Di mana silapnya? apa halangannya??

Pertama: Anak
Aku tidak sekali-kali nk salahkan kehadiran anak penyebab aku tidak punya masa untuk beri tumpuan pd ibadah ramdhan kali ini. Never. Never. Never. Mmg mcm tu la kan, mmg kelazimannya begitu. punya anak sememangnya masa untuk diri sendiri adalah terhad. Start buka puasa, masa tu la dia nk merengek nk beradu. Kadang2 juadah puasa pun xsempat nk hidang. Kalau sempat tidurkan dia sblm berbuka sedap la ckit mengadap hidangan. Tp kalau tidak kena gaya, harus la makan mcm nk kejar bas, tersedak pun nasib lah. Suami akan beri laluan pd aku untuk makan dulu. Selesai bab isi perut, bergegas pula untuk solat. Selesai solat tidak sempat langsung nk bukak Al-quran, terus bukak kain sembahyang dan tidurkan si kecil itu. Silap hari bulan, dengan aku sekali akan tidur..sedar2 jm 12..kmas sisa2 berbuka then solat isyak, kmbali ke katil..Kalau ada energy lebih mmg cuba jugak untuk usahakan bc quran walau sehelai.

Kedua: Kekuatan dalaman
Walau sepenat mana pun, walau sesibuk mana pun, Kalau kekuatan dalam, keinginan yg kuat terhadap sesuatu pasti kita akan usahakan jugak. Dalam bab bangun malam, semestinya kekuatan dalaman adalah sangat dieprlukan. Tp aku tidak punya itu. Bulan ramdhan, syaitan dan iblis xde, so yg tinggal nafsu. Nafsu yg malas. Nafsu tidur lebih mngatasi segala.Teruknya nafsu yg bertakhta dalam diri. Dan lg teruk aku yg xammpu mengawal nafsu tersebut. betapa ruginya malam2 ramdhan berlalu begitu sahaja.

Ketiga: Masa
Di rumah di opis mmg aku xpunya masa sangt. Sem ni terlalu bnyk keje, mcm gile kuasa pun ye. Banyak benar tugas sampai kadang kala tak tahu nk setel yg mana satu. ooowh once again im very bad in time managment. Di opis ada buat tadarus tp sampai hari ni satu juzuk pun aku xsempat habis lg. Baru separuh. Di rumah, baru habis juzuk pertama. Dan paling buat aku rasa terkilan, bulan ramdhan ni satu hari pun aku xbuat solat dhuha :(..betapa tuntutan dunia itu membuatkan aku leka dengan tuntutan akhirat.

Sebab itu aku rasa kosong. Terasa tiada pengisian dalam bulan penuh berkat ni. Allah temukan aku dengan ramdhan ini, pasti ada hadiah yang Dia mahu beri. Tp nmpak mcm aku xberusaha untuk mencari hadiah tersebut..huh..rugi!

Malam ramdhan masih berbaki. Harap2 aku diberi kesempatan lg untuk mencarinya..

4 comments:

Ainul Mustafa said...

sama la kita yana..ainul pun terawikh pun boleh kira dgn jari bp kali buat.solat sunat & baca Al-Quran lagi la.ishh teruknye ainul..huhuhuu

wardah @ fie shah said...

betullah yana, sbb badan sgt penat dgn urusan lain. kdg² rasa ralat sgt. tapi badan mmg dah tak daya dah. huhu.

~ iza ~ said...

yana..nak tumpang nangis jugak..huhu..sama la, thn ni prestasi mmg teruk giler..takde motivasi..ada lagi 7 hari..so, jom kita kejar sama2 ..

mun said...

bile baca entry yana nie teringt jugak pada diri mun.yang wajib pon kadang2 tertinggal apath lagi yang sunat...teruk teruk