Tuesday, August 2, 2011

Pertama untuknya, pertama untuk aku

Menjengah hari ke-2 ramadhan, alhamdulillah permulaan dapat dilalui dengan baik walaupun ada gaya2 mcm nk pengsan dah di hujung waktu.

Puasa kali ni adalah yg pertama kali puasa sebgai mak, ada anak kecil. Dan semalam juga adalah hari pertama Husna dihantar ke taska. Jam 5 ptg, hubby datang jemput. Aku dh terasa longlai sampai org tegur jalan pun main seret kasut je. Husna pulak dh terkinja2 kesukaan dalam kereta tgk maknya, penuh energy walaupun kata pengasuh seharian dia tidak tidur..oowh seumur hidup Husna ini pertama kali dia tidak tidur siang..anak eh, minum nescafe ke yg mata kuat sangat tuh?

Berubah tempat agknya, lgpun buai dh xde mesti dia rasa pelik nk tidur. Kesian Husna ye. Hari ni xtau mcm mane pulak gayanya. Dh le susu ckit jeminum..yg aku bg tu jugk yg dibawak balik. Balik semalam cuba tidurkan dia, xmau jugak. Nk main! Letak dalam walker habis satu rumah tawaf sampai berpeluh2. Mane dapat ntah energy aku pun xtau.

Tp bagus juga, dapat la aku teruskan misi berperang di dapur. Memang 1st day puasa aku dh niat nk masak, xmau beli kt param. Lgpun bahan2 ade kt rumah. 2 lauk pun dh cukup. Hubby jenis yg xmemilih, asal ada dh cukup. Dia pulak yg ingtkan jgn masak banyak. Barang2 dh prepare tgh hari so masa masak sekejap je. Jam 6 dh relax depan tv tunggu azan. tgk pulak rancangan masakan, semua benda nmpak sedap dan kecur air liur. Aiishh.. sabo je mak

Menu pertama berbuka semalam : Sawi masak lemak cili padi campur ikan kering + ikan kerisi sambal. Menunya cedok kt sini tp cili pdi tu aku wt style sendirik, tmbah serai. Semuanya menu pedas2..hasilnya pg td hubby sakit perut...hikhik kesian pulak..ya ampun bang..tp aku orait jer..


ihsan dr blog yg disebut

Untuk sahur goreng ikan keli then masukkan dalam lebihan kuah cili padi tu + telur goreng hancur ngn ayam. Telur hancur ni mmg boleh bangkit selera, aku amik sambal lebihan ikan kerisi sambal tu then goreng sekali ngn telur yg dh goreng hancur siap2, tmabah sos cili n sos tiram je. Sangat membangkitkan selera di pg hari. :)

Menu hari ni pulak, ooowhh masih tiada dalam fikiran..guane tu? terjah param kah? Dalam fridge ade ikan kerisi lg sekor, then ade ikan cermin. Tgk la apa jd ptg ni :)

Eh pose dok fikir pasal masak, pasal makan, ibadah yg lain mcm mane? yg sepatuttnya diisi dengan ibdah diisi dengan makanan..Aish..masuk hari ke2 ni aku mmg xberterawikh..Huhuhu terasa ruginya ramdhan berlalu mcm tu. Niat di hati mmg berkobar2. Nk bgn tgh malam pun sngt liat. mmg nafsu menguasai badan. Ya Allah jgn Kau biarkan aku mengusai diri aku walau sekelip mata..Andai ini yg terakhir alangkah ruginya untuk aku..

7 comments:

wardah @ fie shah said...

iyelah Yana, hari² oikir nak buka apa, nak sahur apa. nak masak apa. haha

Adila Khairy said...

masih belum berjaya utk masak, esok nak try masak la, tak kisahla makan kul 8 pun, ngehehe...

arini dh niat nak try masak ayam percik, tp bila difikri2 tak cukup bahan terus tak jadi..huhu..

husna dah gi nursery ye.. mesti seronok ramai kawan tu.. ;)

mun said...

hurm samalah yana..mun pon pikir macam tue jugak.....sampai pening pala tau
tapi yang penting say no param ok

Ida Iar said...

2 hari pose 2 hari jugak membeli aje..wpun bukan di param..tak terlayan nk msk owhh dgn 2 org tu. klu ayah dia balik awal ok la sket. ni kul 6 lbh/kul 7 baru nak blk keje..mybe hari mggu je la dpt msk dgn tenangnye.

deqyalalink in-situ said...

hari2 tgok mknn dah siap atas meja :p

antalya said...

so far camne husna di nursery?? serasi tak

Nurul aziyana said...

yun, so far cam ok jer tp xmo minum susu..huhuhuh nk yg ori jugak..