Sunday, October 16, 2011

Simpan...sudahnya buang

Lagi seminggu lebih kurang Husna akan mencapai usia 1 tahun...wah sudah semakin besar anak ummi..Sambutan hari jadi? Mungkin akan disambut oleh kami 3 beranak sahaja barangkali. Memang ada keinginan nk buat makan-makan kecil, tapi memikirkan keupayaan diri nak masak, apatah lagi tiada pembantu rasanya macam nk lupakan sahaja keinginan. huwaaaaa...lain tahun boleh ye Husna?

Perkembangan husna setakat ni, dia masih belum berjalan. Tanda2 tu ada..Dah xboleh nk dok diam even masa menyusu..mesti nk memanjat..harap2 tak lama lagi jalan la dia..Sebut pasal menyusu, alhamdulillah rezeki Husna sehingga hari ini susu badanku masih cukup untuk Husna. Setiap hari masih tegar mengepam, masih tegar usung beg pump ke opis tp kekerapan mengepam telah berkurangan. Sekarang hanya sekali aku mengepam. Pam hari ini untuk bekalan hari esoknya. Aku sudah tidak menyimpan stok susu beku. Deep freezer kini didiami oleh ketulan ais, bukan lagi susu.

Kenapa aku tidak lagi buat stok yang banyak? Ini alasannya:
1. Husna hanya minum 2 botol (x 4oz) sahaja sepanjang 8-5 dia ditinggalkan di educare.
2. Dia hanya minum direct kalau bersama dengan aku.
3. Tidak ada anak susuan
4. Buat apa menyimpan kalau akhirnya hanya untuk dibuang

Atas alasan yang pertama tu juga aku hanya mengepam sekali je sehari. Itu lah bekalan untuk hari esoknya. Jika ada lebihan sebotol, aku hanya pam cukup2 8oz..kalau tiada lebihan maka aku lebihkan masa perahan sehingga dapat 3 botol.

Dan alasan ke4 adalah alasan paling kukuh buat aku tidak mau menyimpan stok yang banyak. Kenapa nk buang? Bukan suka-suka ye aku buat pembaziran begini. Sebab itu selama stok ini masih belum expired, aku suka sangat kalau ada yang minta untuk jadi ibu susuan. Tapi sehingga itu, belum ada. Akhirnya sampai tamat tempoh maka terpaksa juga dibuang walaupun jauh di sudut hati terasa ianya begitu berharga. 


Sendiri tidak percaya ia datang dr badan aku..


Aku sebenarnya tidak sampai hati nk buang hasil perahan ni. Orang lain yang susu sudah berkurangan barangkali punya persepsi berlainan melihat pembaziran ini. Stok-stok ni adalah seawal bulan februari. Kalau dikira-kira bulan ogos sudah expired tp aku masih belum buang kerana sayang. Tapi hakikatnya ia tidak mungkin digunakan lagi. Dan hari ni aku nekad untuk mengosongkan deep freezer.

Ooowh mungkin ada yang bertanya, kenapa tidak digunakan?
Husna sudah pandai merasa. Susu yang disimpan beku rasanya agak tengit dan berasid. Jadi die sudah pandai memilih mana yang fresh dan mana yang frozen. Dan kebetulan dia reject botol jd bertambah sukar nk habiskan simpanan. Sudahnya simpan sahaja la dan akhirnya bila tamat tempoh terpaksa la dibuang..

Harapnya rezeki Husna masih cukup walaupun tidak ada stok yang banyak..

10 comments:

Kemn Azmaili said...

seronoknya tengok susu banyak sampai kena buang...bertuah badan..

ღnFashyaღ said...

Yana, buat sirap pokokla..sayangnya kalau buang dalam sinki. Takpun tanam.. sedihkan buat EBM, penat2 oump, pastu masa pump seronok gila dapat banyak but at last kene buang.

Aishah Rahim said...

Yana, Aishah nak tanya ni:

1) Yana pump masuk botol kan kat office? Then, nak masuk fridge terus Yana transfer masuk liner atau, nak masuk freezer baru Yana transfer ke liner?

Macam tuggang terbalik je ayat ni. Agak-agak faham tak ek?

Lagi satu soalan;

2) Satu liner dengan kuantiti diminum atau Yana masukkan semaksima liner?

Ainul Mustafa said...

sama la dgn arreessa.taknak dah minum ebm.tak sedap kot.so skrg bila balik baru ainul df dia.ainul p keje tinggal beberapa botol je.tu pun dia tk minum..insyaALLAH biar sikit tp cukup utk ank kita

Nor Suhada said...

su pernah terbaca kat blog...daipada buang mandikan ngan susu tu.....insyaallah kulit jd cantik

mun said...

alaaa....rasa sayang pulak tgk susu tue yana...tp nak buat cmner kan....

Nurul aziyana said...

kem: tgk susu banyak seronok tp tgk kene buang jadik xseronok

fashya:pokok pun xde shya..huhuhhu..kalau umah kt bawah siram je mana2 pkok2..erm mmg masa pam dpt banyak seronok sngt tp sudahnya mcm tu la

aishah:
1. pam guna botol, masuk botol untuk guna esoknya..kalau lebih masuk liner terus dan letak kt peti bawah..bila lebih 5 hr naik kt bhgn frozen

2. 1 liner buat untuk 2x minum since husna minum 3oz.liner sampai 7oz je so cukup untuk 2 x minum. kalau minum 4-5oz kene wat untuk sekali minum

ainul:cikgu husna campur dalam bubur jugakseparuh..kalau tak mmg 2 btol pun xhabis

pnsusu:heheheeh mcm xboleh nk buat mandi sbb die berminyak dan bau masam..hikhikhi

mun:tu la mun..huhuhuhu

nanonano said...

sedeynye lahai :(

Unknown said...

sayang kan nak buang
tp tu lah
budak dh makin besar
dh pandai merasa, harus la pandai pilih nk yg fresh sajo..

Unknown said...

as.salam
subhanallh byknye rezeki aziyana + husna. seronok tgknye.