Wednesday, February 22, 2012

Nikmat manakah yang engkau dustakan

Mendapat kejutan kecil hari ini.


Belum pun 23hb Feb, tapi saya sudah menerima kad ucapan hari lahir. Sepanjang 3tahun berkhidmat, ini pertama kali mendapat kad ucapan dari Persatuan Kakitangan Polisas. Ternyata punya transformasi.
Rasanya itulah satu2nya kad hari lahir yang saya terima tahun ini. Tidak mengapa, itu tidak buatkan hati saya sedih malah saya rasa gembira kerana sekurang-kurangnya saya punya 1 kad, tanda ingatan tarikh saya dilahirkan ke dunia.Alhamdulillah. Cari lah apa sahaja untuk disyukuri.


Tahun ini juga sudah ditakdirkan suami punya rezeki untuk mengadap kaabah. Biarpun bukan untuk menunaikan rukun islam ke-5 tapi kunjungan umrahnya ke sana cukup buat saya rasa sangat perlu untuk bersyukur. Tambah syukur tarikh yang telah ditakdirkan untuk beliau berada di sana adalah pd tarikh lahir saya. Tentu sekali lah saya perlu ambil peluang ini sebaik2nya. Berkali2 saya pesan pd beliau sebelum keberangkatannya ke sana agar pd hari lahir saya, banyakkan berdoa untuk saya. Saya hanya mahu beliau hadiahkan doa untuk saya, di tempat yg mustajab doanya. Subhanallah saya terasa inilah nikmat dari Allah, Dia takdirkan suami saya berada di sana pada hari lahir saya. Terasa itu lah hadiah terbesar sepanjang hidup saya. Biar pun bukan saya berada di sana tetapi sebahagian dari diri saya sudah berada di sana.Inilah kegembiraan sebenar saya.

Dan memang benarlah apa yang dikata dalam surah ar-rahman..
"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?"

Ya, sebutlah mana satu nikmat yg Allah tidak beri pada hambaNya. Tidak terhitung nikmat dari Allah. Tiada satu pun yang kita boleh nafikan. Saya dapat rasakan itulah nikmat dari Allah untuk saya. Semuanya telah ditakdirkan untuk saya. Ya Allah betapa syukurnya saya. betapa kerdilnya kita sebagai hamba. Tidak mampu bernafas tanpa oksigen dari Allah, tidak mampu mencipta bulu mata walau sehelai, tidak mampu melihat, merasa, menghidu tanpa pancaindera, segala-galanya tidak mampu jika tidak diizinkan Allah atas nikmatnya. Kembali lah kepada Allah..

***masih terasa cemburu dengan suami...sy juga mau ke sana..***

2 comments:

wardah @ fie shah said...

Betul, Fie suka makna surah Ar-Rahman. Berapa disebut ayat tu berulang-ulang. Nikmat Allah beri dalam pelbagai bentuk kan. Suami Yana ke mana?

Nurul aziyana said...

fie: hubby yana g umrah..:)
erm sbb tu disebut bnyk kali kan bila tiba ayat tu..tp manusia ramai yg tidak bersyukur