Monday, December 16, 2013

Stress: 3 cara menyebabkan bacaan gula dalam darah tinggi untuk pesakit diabetes.

Mengawal stress adalah antara perkara yang penting bagi pesakit diebetes. Dua jenis tekanan boleh mengubah tahap gula dalam darah adalah tekanan fizikal dan tekanan mental atau emosi.


Setiap jenis tekanan memberi kesan berbeza kepada paras gula dalam darah. Tekanan fizikal biasanya menyebabkan paras gula dalam darah meningkat. Tekanan fizikal termasuk penyakit, pembedahan dan kecederaan. Tekanan mental atau emosi pula mempunyai kesan bercampur-campur, bergantung kepada jenis diabetes yang dihidapi.
Diabetes jenis 1: Tekanan mental boleh meningkatkan atau mengurangkan tahap gula dalam darah.
Diabetes jenis 2: Tekanan mental umumnya meningkatkan tahap gula dalam darah.

Apa kaitan stress dengan diabetes? Berikut adalah 3 cara bahawa tekanan boleh memberi kesan terhadapa kencing manis.

1. Hormon tekanan meningkatkan gula dalam darah
Apabila anda stress, badan akan mengepam keluar hormon stress, seperti kortisol, untuk membantu anda bertindak balas atau melawan bahaya . Hormon ini menyebabkan denyutan jantung dan kelajuan pernafasan meningkat. Bekalan glukosa  akan dihantar ke dalam darah untuk menjana tenaga segera untuk otot bekerja. Hasilnya: gula darah yang lebih tinggi.

2. Tekanan menyumbang kepada rintangan insulin
Keadaan ini akn jadi lebih buruk jika anda mempunyai kencing manis, tetapi bukan itu sahaja, hormon stress juga menjadikan pankreas lebih sukar untuk merembeskan insulin yang diperlukan untuk mengurangkan glukosa dalam darah. Sebahagian daripada hormon stress juga boleh menyumbang kepada kerintangan insulin.


3. Tekanan membawa kepada pertambahan berat badan
Satu sebab utama kenapa stress perlu dikawal adalah kerana hormon kortisol, hormon yang boleh meningkatkan selera makan. Tekanan membuatkan anda makan lebih banyak. Ia juga menggalakkan sel-sel di dalam abdomen untuk memelihara lemak dalam erti kata lain ia mengekalkan lemak badan sehingga boleh menyebabkan serangan jantung.

Bagaimana untuk memastikan stress anda terkawal terutamanya bag pesakit diabetes? 
1. Latih diri untuk menggunakan teknik pernafasan dalam bagi menjadikan anda lebih cepat reda ketika stress.
2. Jika stress di tempat kerja, nilai semula jadual anda bg menentukan jika anda boleh membuat perubahan untuk melegakan tekanan.
3. Bersenam. Cara paling effisien untuk hlangkan stress
3. Amalkan supplemement Bcomplex. Kandungan vitamin b dalam bcomplex mampu membuatkan anda rasa lebih tenang dan relax. Bcomplex adalah salah satu supplement untuk mengawal tekanan.



Kawal stress adalah penting ketika mana anda sedang mengidap diebetes. Dapatkan Bcomplex untuk kawal stress dengan menghubungi saya

Nurul Aziyana (ID 886587)
No Tel: 012-9576172
Email: ummi_anayiza@yahoo.com
COD area: Semambu, Air putih, Beserah, KOTASAS, POLISAS, UIA Kuantan, IM

Penghantaran ke seluruh malaysia adalah melalui pos.

1 comment:

seri nian said...

gula ni susah nak hindar, hari2 nampak lalu benda yang sdap2 dekat fb.
jadi nak ke tak supplemen la nak nautralkan balik...hihi boleh gitu