Monday, April 21, 2014

5 buah-buahan untuk ibu hamil bagi bertenaga, cegah penuaan dan selulit

Cergas dan sihat, kurang morning sickness ketika hamil, bertenaga dan miliki kulit yang cantik sepanjang tempoh kehamilan adalah sesuatu yang didambakan oleh ibu hamil.


Jika bertenaga, kulit licin tanpa sebarang noda secara automatik muka pun akan ceria. Tak hairan la kalau sesetengah ibu hamil nampak lebih cantik ketika hamil. Ada beberapa jenis buah yang boleh diambil oleh ibu hamil untuk memastikan badan sentiasa bertenaga, elak selulit selepas bersalin dan juga bagi memastikan kulit sentiasa lembap dan segar.

Buah apa yang perlu diambil?

1. KURMA

Kurma kaya dengna segala vitmain dan mineral seperti kalsium, besi, kalium, magnesium, vitamin A, vitmain C dan lain-lain. Ibu hamil boleh mendapat kebaikan dari segi tenaga dari khasiat buah kurma. Kurma ni bukan sahaja baik ketika hamil tpai juga selepas melahirkan. Kurma memberi tenaga segera kerana ianya paling pantas dihadam dan diserap kerana gula yg terdapat dalam kurma tidak perlu dipecahkan terlebih dahulu oleh enzim. Makan kurma ketika hamil juga membantu dalam sistem pembuangan kerana kandungna serat yg tinggi. InsyaaAllah wanita hamil yang mengamalkan makan kurma akan mudah bersalin.



2. APRIKOT

Masalah penuaan awal dapat dicegah dengan amalan makan buah aprikot kerana khasiatnya dalam membina kolagen dalam badan.



3. PISANG

Pisang kaya dengna kandungan vitamn dan kalium yang memberi banyak kelebihan untuk mengelakkan selulit kepada ibu hamil. Pisang juga kaya dengan asid folat untuk untuk pembentukan otak dan sumsum tulang belakang.Pisang juga mengandung vitamin C yg sangat diperlukan untuk pembentukan pembuluh darah, gusi, tulang dan kulit. Bagi ibu hamil yang mengalami morning sickness dapat boleh makan pisang untuk membantu menjaga kadar gula darah dan menghindari mual. 



4. BUAH NAGA

Jangan main-main dengan buah naga. Buah naga kaya dengan antioksidan dan vitamin B3 yang banyak memberi manfaat untuk melembapkan kulit sepanjang tempoh kehamilan.



5. TEMBIKAI

Dikenali sebagai buah yang banyak air dan dipercayai banyak membantu ibu-ibu hamil yang mengalami morning sickness seterusnya mengelakkan dehidrasi.



Selain buah-buahan ibu hamil juga perlu variasikan dengan sayur-sayuran yang sangat baik untuk kesihatan ibu dan anak. Fiber yang terdapat dalam buah dan sayur membantu mengelakkan masalah sembelit di kalangan ibu hamil. Kunci utama pemilihan buah dan sayur semasa hamil adalah beta carotene yg mana penting utk fungsi sarah, penglihatan dan pembentukan sel serta tisu bayi.

No comments: