Thursday, May 15, 2014

Kaedah Cuci Buah Pinggang Serendah RM1

RM1?? Wooww sangat murah ni. Tapi betul ke boleh cuci buah pinggang dengan kos RM1 jer??
Percaya..jangan tak percaya.. bagaimana duit poket boleh dijimatkan dan kesihatan buah pinggang boleh dijaga dari sekarang, saya bongkarkan dalam entri kali ini :)



Pernah beli daun sup? Mesti pernah kan? Daun sup penambah perasa dalam banyak hidangan.. Masuk dalam sup sayur, sup ayam dan segala sup mmg sedap.. Buat penyeri hidangan pun cantik dengan taburan daun sup ni. 1 ikat RM1. Haaa... ini rahsia yang mungkin tak ramai yang tahu. Dengan RM1, boleh beli 1 ikat daun sup, blend dan diminum airnya buah pinggang akan bersih. Daun sup dikenali sebagai rawatan pembersihan yang terbaik untuk buah pinggang ... dan ia adalah semula jadi. Daun sup juga  adalah agen detoksifikasi hati, menyediakan tubuh dengan enzim semulajadi, klorofil dan yang paling penting antioksidan yang boleh membantu mengurangkan kesan-kesan penuaan.

Daun sup juga dikenali sebagai diuretik semulajadi, bermakna ia boleh merangsang buah pinggang untuk meningkatkan pengeluaran air kencing. Apabila buah pinggang dapat meningkatkan pengeluaran air kencing ia dapat membersihkan badan daripada toksin dan mikroorganisma berbahaya yang lain juga.

Pernah buat detox buah pinggang sebelum ni?? Saya tak pernah. Bayangkan dh hidup selama 30 tahun ni dah macam2 yang ditapis buah pinggang..segala racun dari makanan pun masuk sekali tapi tak pernah buat servis buah pinggang.. Hehehe, nk servis macam mana? bukan aircond ni kalau tak sejuk kita buat sevis.

Kenapa nak kene bersihkan buah pinggang?

Pembersihan adalah penting dalam mencegah pertumbuhan batu karang dalam buah pinggang dan dalam pundi kencing. Telah diketahui bahawa buah pinggang menapis darah; ia membuang toksin dan garam yang boleh berkumpul di dalam badan kita dan menyebabkan penyakit. Pembersihan akan membantu buah pinggang membuang toksin dalam darah memastikan bahawa batu-batu akan kurang berkemungkinan untuk berkembang dan membiak.

Jadi bagaimana nak cuci buah pinggang dengan daun sup?? 

Ia adalah sangat mudah,

  • Ambil 1 ikat daun sup dan basuh bersih. 
  • Kemudian potong dalam kepingan kecil
  • Masukkannya ke dalam pengisar dengan air bersih atau air kelapa, blend
  • Minum... nak lagi sedap tmabahkan sikit madu

Minum satu gelas setiap hari dan anda akan melihat semua garam dan racun terkumpul  keluar dari buah pinggang anda dengan membuang air kecil. Anda akan dapat melihat perbezaan yang anda pernah dirasai sebelum ini. Jadi selamat mencuba.

Jus daun sup ni hanya untuk mereka yang tidak mengandung sahaja ya :)

5 comments:

Unknown said...

adakah untuk ibu menyusu dibenarkan untuk minum air daun sup nie?

Unknown said...

adakah untuk ibu menyusu dibenarkan untuk minum air daun sup nie?

Nurul aziyana said...

ayu syam

ibu mengandung tak digalakkan dear.. hnya makn dlm kuantiti sikit sperti yg ada dlm sup or maskan

Unknown said...

salam, nk tnya untuk 1 ikat daun serai kne guna brape liter air masa bland..

Anonymous said...

oaky..terima kasih sis atas infomasi ini..