Saturday, December 20, 2014

Kenapa Perlu Ajar Anak Berenang? Ini Kelebihannya

Saya baru sahaja blogwalking di blog ibu DarwishnDarwisya, ibu kepada 2 kanak-kanak yang berjaya hafal 30 surah al quran seawal 3 tahun. MasyaAllah, Subhanallah begitu besar kurniaan dan rahmat yang Allah beri kepada mereka. Dalam salah satu artikel beliau, ada ditunjukkan kedua anaknya diajar berenang dengan bantuan pelatih. Malah dalam hadith sahih juga ada menyebut, 3 aktivtii yang perlu diajar pada anak adalah berenang, memanah dan berkuda. Kenapa perlu ajar anak berenang?



Aktivtiti berenang berkait dengan otak. 

Bagaimana? Saya buat pembacaan mengenainya. Dan saya akan cuba kongsikan dalam artikel ini apa kelebihan berenang sehingga ianya sangat dituntut untuk dipelajari. Apa yang saya boleh simpulkan, Islam itu Indah. Segala yang disuruh dan dituntut untuk baut semuanya akan berbalik kepada manusia itu sendiri, semuanya akan memberi faedah besar kepada manusia.

 Otak mengandungi sel-sel saraf yang berkomunikasi antara satu sama lain dan untuk berenang, pergerakan otot diperlukan. Berenang melibatkan bahan kimia di otak yang merangsang kontraksi otot dan menghasilkan bahan yang boleh membantu menggalakkan a sense of well being. 

Komponen Otak 

Otak, terdiri daripada tiga bahagian utama - serebrum, stem otak dan sereblum yang mengandungi 50-100.000.000.000 sel-sel saraf, atau neuron, yang terus berinteraksi antara satu sama lain. Neuron akan menghantar pesanan dari badan menggunakan pemproses elektrokimia, atau arus elektrik, yang berlaku apabila bahan kimia termasuk natrium, kalium dan klorida ion bergerak masuk dan keluar dari sel. Neuron otak boleh berkembang walaupun di usia lanjut.

Apa kaitan berenang dengan otak? 

Hubungan antara otak dan otot membantu menghasilkan pergerakan diperlukan untuk berenang. Dengan bantuan neurotransmitter, neuron dapat dihubungkan ke otot-otot rangka.
Otak menggunakan asetilkolina neurotransmitter, ianya adalah bahan kimia utama untuk ingatan, untuk merangsang satu siri peristiwa yang membawa kepada pengecutan otot supaya kita boleh berenang atau melaksanakan apa-apa aktiviti fizikal.

Aktiviti otak semasa berenang boleh membantu melegakan gejala-gejala kemurungan.
Sesetengah ubat antidepresan mengurangkan kemurungan dengan meningkatkan tahap neurotransmitter di otak. Tapi dengan berenang, neurotransmitter, yang dipanggil endorfin dihasilkan secara semulajadi. Jadi berenang boleh membuatkan anak lebih tenang.

Satu perkara yang baru saya tahu setelah buat pembacaan, iaitu tahap tekanan tinggi menghadkan pembentukan neuron baru. Inilah faktor risiko utama untuk kemurungan, menurut University of Washington. Tapi dengan berenang, ianya boleh meningkatkan pengeluaran neuron melalui proses yang dikenali sebagai neurogenesis hippocampal untuk membantu menggalakkan rasa kesejahteraan.
Patutlah ibu darwish dan darwisha buat kelas renang untuk anaknya. Sebab ianya juga membantu dalam hafazan anak-anak disebabkan neuron-neuron baru sentiasa dikeluarkan. Ajaibnya apa yang Allah buat. Inilah salah satu tips anak bijak.

Jadi TAHNIAH pada ibu bapa yang ajar anak-anak mereka berenang. Satu keputusan yang sangat tepat. Tahniah juga bagi sekolah-sekolah dan taska yg ada aktiviti berenang untuk murid-murid. I wish Husna juga willing untuk diajar berenang.

Nak tahu tips lain untuk anak bijak dan mudah belajar? Boleh klik SINI

4 comments:

Ida Iar said...

Kat wisma belia boleh htr anak bljr berenang kan? Ade kolam renang area tu. Teringin nak suh anak2 bljr berenang gak. Mamanye pun igt nak belajar gak. Ayah dia je pandai berenang tp takmo ajar kita. Haha.

Nurul aziyana said...

ida kt uia murah je..open pd org luar..ade cikgu yang ajar

Diet Diet Sihat said...

hoo menarik cerita pasal berenang ni,

JOM TUKAR KE BLOG RESPONSIVE

natura said...

Memang pun bagus sangat berenang.
Teringin jugak nak belajar berenang sebenarnya.
Tapi turunkan kat anak dulu la.. hehe