Sunday, January 25, 2015

Resepi Breakfast Ringkas : Bebola Roti Goreng

Tak tahu nak masak apa untuk menu breakfast atau bekal sekolah anak? Dah bosan asyik masak nasi goreng, mee goreng, atau seangkatan dengannya? Meh cuba resipi ni pulak, Bebola Roti Goreng. Sebenarnya bersepah dah resepi ni kat gugel. Tapi kubaru jumpa. Nampak macam menarik terus jadikan menu untuk breakfast semalam.

Caranya mudah aje. Kita check dulu bahan-bahan untuk menyediakannya.

Bahan-bahan: 
6 keping roti
1 biji telur
1 biji cili merah dihiris kecik-kecik
beberapa tangkai daun sup dipotong kecik-kecik daunnya
1/2 biji bawang besar dipotong dadu
1 sudu teh serbuk lada putih
1/2 sudu teh serbuk perasa ikan bilis (saya guna knorr)
1 1/2 sudu mayonis
sedikit garam (dalam 2 -3 cubit)


Mudah aje bahan-bahannya kan. Dah cukup semua boleh la start buat. Kalau nak buat banyak, double kan aje bahan-bahannya

Cara buat: 
1. Roti dipotong kecil2..seperti dalam gambar
2. Pecahkan telur dan pukul sedikit.
3. Masukkan roti yang dipotong ke dalam telur.
4. Masukkan semua bahan-bahan lain dan ramas-ramaskan hingga sebati. Agak melekit sedikit ya.
5. Bentukkan bulat-bulat. Sedap kalau bulat2 kecik jangan besar sangat.
6. Goreng dalam minyak penuh. Balik-balikkan hingga kekuningan dan angkat
7. Siap utk dingap :)

Memang super mudah la nak buat. Dan rasanya pun sedap lemak-lemak gitu. Nak makan saje pun boleh nak cicah ngn sos juga boleh. Terpulang lah pada selera masing-masing.

Selamat mencuba!

No comments: