Monday, February 2, 2015

Resepi Biskut Chocolate Chip Paling Mudah Menggunakan 4 Bahan Sahaja

Dengan 4 bahan sahaja, biskut chocolate chip sedap boleh disediakan. Mudah, cepat dan murah yang pastinya. Yang takdak mixer, yang takdak banyak masa nak main masak-masak tapi nak buat biskut coklat chip pun boleh buat. Apa 4 bahan tu? Meh baca sampai habis. Cara nak buat pun senang sangat lah..

Saya beli bahan-bahan ni di Bakers Shop, kedai bakeri kat Indera Mahkota 8 kat Kuantan ni.
Bahan-bahannya adalah :

  • 1 ketul buttercup (250gm) 
  • 1 sudu besar choc paste
  • 1 pek tepung ready made untuk biskut 
  • Chocolate chips 


4 bahan sahaja

Cara-caranya mudah sesangat lah. Ni versi yang takde mixer ek..kacau dengan tangan sudah.

1. Kacau buttercup sampai agak-agak smooth
2. Masukkan tepung sikit demi sikit dan kacau


3. Masukkan coklat paste
4. Uli biar jadi doh.
5. Masukan chocolate chip. Kalau rasa suka banyak taruk banyak. Dan kalau rasa nak letak almond kisar ke, badan ke suka hati lah..taruk aje.


6. Lepas tu guna tangan bulat-bulatkan (tak yah bulat betul)
7. Bakar suhu 150-180 dalam masa 15 minit.



Lepas tu boleh la buat kerja lain sementra menanti masak.. Bau haru biskut dah semerbak masa ni
So hasilnya...taraaaa...sedap dari chips more lagi..mmg jauh sedap homemade dr beli kedai. Kalau dah paling mudah dan sedap, baik buat sendiri kan?



So sape nk cuba, pi la cari bahan2 ni kt kedai bakery. Selamat bercoklat chip :)
Dah lepas makan ni kite makan Omega Guard Shaklee untuk elak kalori berlebihan dalam badan. Tak rasa bersalah sangat makan banyak-banyak..muehehehe.



No comments: