Friday, July 3, 2015

6 Sebab Kenapa Perokok Mengalami Pedih Ulu Hati

Entry khas untuk mereka yang merokok. Chewaaah macam special.Pedih ulu hati ni biasanya dialami oleh mereka yang ada masalah gastrik. Tapi tahu tak lelaki lebih banyak yang hadapi pedih ulu hati dan punyai risiko lebih besar dek kerana tabiat merokok. Haa cuba cek, kalau anda selalu terkena pedih ulu hati dan anda juga merokok, maksudnya bukan perkara pelik sebab ada kaitan di antara keduanya.


Macam mana pedih ulu hati berlaku?

Pedih ulu hati berlaku bila asid perut menggangu bahagian bawah esofagus disebabkan oleh injap di bahagian atas perut iaitu lower esophageal sphincter (LES) terbuka.



Jadi apa yg berlaku adalah asid akan memasuki esofagus yang takde lapisan penebat bahan kimia menyebabkan kesan kimia terjadi. Apa yang pesakit akan rasa adalah seperti kesan terbakar pada dada dan tekak especially bila lepas makan makanan berat yang pedas dan berlemak.

Jadi macam mana cara nak atasi pedih ulu hati?

Jika amalkan cara hidup sihat, biasanya tidak perlukan ubat-ubatan. Namun bagi perokok tegar, keadaan lebih teruk mungkin terjadi namun ubatan hanya membantu untuk tempoh yang sementara sahaja.
Pembedahan pula mungkin perlu dilakukan untuk betulkan semula LES untuk hentikan tindak bakas refluks.

Jadi cara yang paling berkesan adalah hentikan merokok.

Masalahnya di sini, kebanyakan perokok sukar nak berhenti merokok. Malah boleh jadi perkara yang paling sukar nak buat dalam hidup. Tapi mungkin tips dari Abg Sado dalam video ni boleh membantu mereka di luar sana untuk berhenti merokok. Abg Sado ni start merokok seawal usia waktu sekolah lagi..bayangkan dah berapa lama rokok tu jadi darah daging.


Apa kaitan antara MEROKOK dan PEDIH ULU HATI? Ada 6 Sebab
  1. Merokok menyebabkan keradangan dalam esofagus perokok yang membawa kepada pedih ulu hati, atau boleh menyebabkan pedih ulu hati.
  2. Merokok meningkatkan risiko kanser esofagus, tanda pertama ini ialah pedih ulu hati.
  3. Merokok meningkatkan pengeluaran asid dalam perut anda.
  4. Merokok meningkatkan penyempitan arteri, atau keradangan pada saluran darah perokok, yang boleh membawa kepada penyakit jantung, atau penyakit arteri jantung, yang membawa kepada sakit seperti pedih ulu hati.
  5. Merokok melambatkan pengeluaran air liur. Air liur adalah salah satu pertahanan badan daripada kerosakan kepada esofagus. Terdapat juga asid yg meneutralkan bahan kimia dalam air liur, yang dipanggil bikarbonat. Kajian menunjukkan bahawa air liur perokok mengandungi jumlah yang lebih kecil daripada bikarbonat, dengan itu mengurangkan keupayaan air liur untuk meneutralkan asid. Air liur juga menerangi esofagus dan mengurangkan kesan asid yang direflukskan dari perut, dan membantu mencuci asid yang turun ke perut.
  6. Merokok juga seolah-olah menggalakkan pergerakan garam hempedu daripada usus ke perut, yang menjadikan asid perut lebih berbahaya.

Jadi jika pesakit dah elakkan dari makan makanan yang pedas dan berempah, dah ubah cara pemakanan tapi masih lagi kerap mengalami pedih ulu hati, langkah terakhir sudah pastinya BERHENTI MEROKOK.

Jika mahu guna kaedah yang sama dengan Abg Sado dalam video di atas which is dengan mudahnya beliau dah BEBAS ROKOK sekarang, boleh hubungi saya segera ya. 5 orang pertama yang hubungi saya akan dapat hadiah special. Saya bantu anda untuk berhenti merokok.

Nurul Aziyana (ID 886587)
No Tel: 012-9576172
Email: ummi_anayiza@yahoo.com

PROMOSI VIVIX HINGGA OCTOBER
Hubungi 0129576172 untuk info lanjut


No comments: