Friday, August 28, 2015

6 Kaedah Jadi Kaya Hanya Guna IMAGINASI

MUSTAHIL! Ini mungkin anggapan pertama uolls kan bila baca tajuk. Mana ada orang boleh jadi kaya dengan hanya imaginasi. Mesti kena kerja keras, kena berkorban masa dan tenaga dan segala macam lagi. Gila ke ape nak kaya dengan berangan je. Mat jenin boleh lah.


TUNGGU! 
6 kaedah yang saya nak bongkarkan ni bukan sahaja dengan teknik imaginasi, tapi korang tak perlu jadi gila sebab nak kaya, tak perlu ada sijil ijazah or phd sekalipun malah tak perlu nak kerja very the keras. Betul ke idok ni?
Jom follow..eh sebelum follow baca kata-kata ni dulu ya

"Tiada keterbatasan dalam minda kecuali kita sendiri yang mewujudkan keterbatasan itu

Kemiskinan dan kekayaan adalah hasil daripada fikiran kita sendiri"

No 1
Tetapkan dalam fikiran berapa jumah wang yang kita nak,  Tak cukup kalau sekadar cakap :Aku nak duit yang banyak" Banyak mana? RM100? RM200? or RM2.6Million? Pastikan spesifik berapa nilai wang tu.

No 2
Dah spesifik duit yang nak, kemudian tetapkan pula pengorbanan yang kene dilakukan untuk dapat wang tersebut. Kat dunia mana ada yang Free, melainkan orang kasik derma kt kita. Masalahnya kita tak la miskin sangat untuk orang nak derma. Dan tak sesuai la hasil derma boleh jadi kaya kan. Nak dapatkan sesuatu kena lakukan sesuatu. Aik..tadi kata tak perlu kerja keras..sekali lagi..jangan menyampuk. Baca dulu

No 3
Tetapkan tarikh yang pasti iaitu bila kita akan dapat wang yang kita nak tu. Tahun 2016? 2017? or nak ujung tahun ni jugak?

No 4
Atur strategi yang pasti bagi merealisasikan kemahuan tu. Walaupun kita masih tak bersedia, bila dah mula merancang, dah tanam dalam otak, kita kena la ikut rancangan dan strategi kita tu.

No 5
Tulis dengan jelas beberapa perkara iaitu jumlah wang yang kita mahu, masa yang diperlukan, pengorbanan yang perlu dilakukan . Maknanya bukan hanya berlegar-legar di otak sahaja tapi amik buku amik pen dan tulis.

No 6
Baca semula dengan kuat apa yang kita tulis di langkah no 5 tu, Baca pulak mesti 2x sehari. Sebelum tidur dan selepas bangun tidor setiap hari.. Diulang setiap hari. Ini bukan jampi serapah tapi cara nak tanam dalam jiwa dalam kepala uolls impian tu. Dan masa baca tu mesti ikut syarat. Mesti lihat, rasa dan yakin pada diri sendiri yang uolls akan dapat duit sebanyak tu.

Cth: Kita nak RM50k pada 1 Januari 2016 dan kita nak jual Shaklee untuk dapatkan duit tu" Jadi kita mesti tulis begini

" Pada 1Januari 2016, saya telah memperolehi RM50k yang saya simpan sedikit demi sedikit. Bagi nak dapatkan duit tersebut, saya akan beri perkhidmatan paling bagus sebagai Shaklee ndependent Distributor.
Saya percaya saya akan dapat wang tersebut. Saya sangat yakin saya akan dapat lihat wang tersebut di akaun saya. Dan saya akan sentuh duit tersebut (again..bayangkan sedang sentuh bila baca). Wang tersebut sudah sedia untuk bertukar milik sama sebagaimana saya bersedia untuk beri perkhidmatan terbaik pada pelanggan saya"

Sekarang dah tahu 6 kaedah jadi kaya. Baca semula 6 kaedah tadi supaya dapat lekat dengan kukuh di fikiran. Perhatikan langkah yang terakhir betul-betul. Hati-hati untuk langkah yang ke 6 ni. Nak ditekankan di sini kalau kata-kata yang diucap tanpa emosi atau perasaan, ianya tidak akan masuk dalam minda separa sedar.

Kenapa penting control minda separa sedar?
Sebab kita takkan dapat apa yang kita nak kalau kita tak belajar cara nk kawal minda separa sedar dengan kata-kata yang penuh emosi dan penuh perasaan.

Langkah no 1 pula wajib praktis setiap hari sekurang-kurangnya sekali sehari. Lebih lagi bagus. Apa tujuannya? Kita nak minda separa sedar boleh terima dan buat arahan tu dan boleh merancang macam mana nk dapatkan duit sebanyak itu. 

Got it?
Minda yang betul, imaginasi yang betul bakal merubah kehidupan dan tindakan. Ni bukan omongan kosong. Semuanya ada dalam buku yang best ini. Moh kita prektis. Banyak lagi rahsia-rahsia jutawan yang diceritakan dalam buku ni. Boleh dapat kat mana-mana kedai buku or beli online di PTS bookstore.


Mahukan lebih motivasi seperti ini? Berniaga sambil menimbal ilmu dan memperbaiki diri dengan Shaklee. Motivasi adalah makanan harian bagi kami. Ilmu perlu dicari dan diamal, insyaaAllah sentiasa perbaiki diri. 

Ingin menceburi bisnes Shaklee? Boleh hubungi saya di talian berikut 

Nurul Aziyana (ID 886587)
No Tel: 012-9576172
Email: ummi_anayiza@yahoo.com

6 comments:

mrhanafi said...

Saya sokong 100 peratus..

sensasi2020 said...

6 tip yang terbaik daripada Aziyana.... saya sokong 120%, lebih sikit daripada MrHanafi....

Bolehlah terapkan 6 tip ini dalam mencari income.

Nurul aziyana said...

en hanafi...heheehehe sokong jgn tak sokong

Hero Borneo said...

untuk menjadi kaya bermula dengan impian yang membara dan kesungguhan untuk berusaha untuk mencapainya..

Dunia Zumal said...

Zumal nak praktis tips nie... Thanks sharing ^-^

ahmad sarju said...

terbaik