Thursday, August 27, 2015

Cara guna Freemie dengan Pam Medela Freestlye

Macam mana cara guna Freemie dengan Pam Medela Freestyle?
Masuk anak 2, gajet lain pulak yang sangkut. Gajet yang best bila mengepam susu. *ayat pengaruh*
Mak menyusu dengan pam susu memang ibarat irama dan lagu, especially ibu bekerjaya. Kalau boleh yang mudah, memang nk pilih carapam susu yang mudah lagi memudahkan.



Hari ni nak share ngan ibu-ibu menyusu yang bekerja tentang gajet yang boleh memudahkan kita mengepam susu di pejabat. Tak payah pam di surau, di meja kerja sambil buat kerja pun boleh. Gajet ni namanya Freemie.
Freemie ni sesuai untuk ibu menyusu bekerjaya yang
  • Payah nak tinggal meja kerja untuk pam di surau 
  • Rakan pekerja yang kebanyakan lelaki dan tiada tempat untuk mengepam (mungkin surau jauh)
  • Pam bukan jenis freestyle, jadi boleh buat kerja sambil mengepam
Actually dah lama freemie ni tapi disebabkan baru masuk semula fasa ibu menyusu, jadi benda ni baru lah bagi saya. Dulu memang 100% guna Freestyle. Freemie ni collector, ganti botol susu masa mengepam.
Apa yang bestnya adalah Freemie bentuk cup, hanya masukkan dalam bra dan mula mengepam. Jadi tak payah pegang dan orang pun tak tahu kita sebenarnya tengah pam susu. Best kan? Takdak alasan dah tak boleh mengepam waktu kerja.

Freemie ni bukan pam tau. Tapi hanya bertindak sebagai pengumpul susu. Kebanyakan pam boleh attach dengan freemie ni. Sebelum beli kena tanya seller dulu sesuai tak dengan pam yang dah ada. Kalau medela freestyle, ada connector khas yang dipanggil backflow protector yang diberi bersama untuk hubungkan pam dengan freemie ni.

Macam mana nak pasang freemie dengan medela freestyle?
Saya refer video ni..senang sahaja.



Senang aje kan nak pasangnya. Next entry saya kongsikan review pulak tentang Freemie ni selepas guna. Apapun saya memang suka pam medela freestyle ni. Terbaik bagi saya. 
Puas hati dengan hasil pump, sentiasa tidak mengecewakan. 

Anda mungkin berminat dengan 

2 comments:

sn farhana said...

Pakai freemie ni memang memudahkan. Sejak pakai freemie saya projek juta 2 di work station je. Tak payah nak masuk nursing room dah.

fazliana said...

Menarik tertarik