Thursday, April 21, 2016

5 Jenis Toksin Yang Masuk Dalam Badan Punca Pendek Umur

Tak keterlaluan kalau nak cakap yang kita ni hidup dalam dunia toksin. Begitu banyak toksin di persekitaran kita, samada berlaku secara semulajadi ataupun dari bahan kimia di sekeliling.


Tak perlu pergi jauh, ianya boleh didapati dari udara yang kita sedut, air yang kita minum, alat-alat dan peralatan yang kita gunakan dengan kerap, dan tempat di mana kita banyak habiskan masa.
Yang ajaibnya, kita mungkin lihat semua sumber tadi sebagai semulajadi atau tidak merbahaya lalu kita buat tak endah dan tak ambil peduli.

5 sumber toksin yang mudah masuk dalam badan tapi ramai yang tak peduli

#1: Makanan

Hari-hari kita perlukan makanan. Tapi dek kerana kesibukan masa, kita hanya mampu makan apa yang ada dan yang mudah nak dapat serta sediakan. Kita tak punya masa nak pilih-pilih mana yang sihat, mana yang penting untuk keperluan badan, asal perut kenyang sahaja.
Itulah punca pengambilan makanan segera dan diproses serta ditambah dengan bahan perasa yang tinggi MSG.
Lebih-lebih lagi kalau sering makan di luar. Makanan-makanan sebegini lah yang mendedahkan kita kepada toksin. Tidak mustahil, dari aspek pemakanan sahaja telah menyebabkan ramai yang sukar hamil, bila hamil pula sering keguguran, ada masalah kesihatan seperti cyst, fibroid, kanser dan penyakit-penyakit kronik yang lain.
Asal nampak sedap kita mau terjah.

#2: Udara

Kalau cerita bab pencemaran udara, memang sangat nampak. Terlalu banyak projek pembangunan. Habuk tok sah cerita. Di kala musim yang tak menentu juga turut main peranan.
Jerebu salah satunya. Dalam keadaan mcm ni, bukan sahaja anak-anak mudah jatuh sakit tapi kita yangd ewasa juga turut merasa.
Kenaikan serangan asthma, jangkitan pernafasan, menurunnya fungsi paru-paru dan ada juga yang alami keradangan mata dan gatal-gatal kulit.
Ini semua hasil toksik dari pencemaran yang telah menjejaskan kesihatan badan kita.



#3: Air 

Air walaupun keperluan yang sangat besar untuk kita tapi boleh juga membawa toksin pada badan kita. Bagaimana?
Hujan asid, aliran air dari pencemaran tanah, pelupusan sisa dari manusia, air paip yang tidak bertapis yang mengandungi logam berat yang tentunya memudaratkan kesihatan jika diabaikan untuk jangka waktu yang lama.
Kalau kat rumah kita mungkin boleh pantau dan guna air bertapis. tapi macam mana kalau makan di kedai? Tidak semua penjual akan menggunakan air bertapis.

#4: Badan kita

Setiap hari tubuh kita juga mengeluarkan toksin. Selagi badan kita berfungsi, selagi itu ia menjalankan tugas untuk menghasilkan tenaga bagi melakukan pergerakan harian atau senaman, mencerna makanan, memetabolismekan hormon, menghapuskan toksin luaran dan banyak lagi. Namun hasil dari segala tugas ini, badan juga akan menghasilkan toksin yang tersendiri.

#5 Cara Hidup

Kadang-kadang cara hidup kita sendiri yang menyebabkan badan kita mengumpul banyak toksik. Contoh paling mudah, merokok. Orang yang merokok adalah orang yang paling banyak mengumpul toksik dalam badan. Selain itu, amalan minum minuman beralkohol, gaya hidup yang selalu stress, dan juga pemilihan makanan yang rendah nutrisi. Sekali lagi, makan asal kenyang bukan untuk sihat.



Jadi sebenarnya masalah kesihatan kita banyak berpunca dari toksin yang tidak disingkirkan dari badan. Badan perlu servis. Ibarat kereta kena tukar minyak hitam bila sampai masa. Badan kita lebih-lebih lagi. Takkan nak tunggu dah collapse baru kita nak mula gaya hidup dan pemakanan sihat.

Macam mana nak buang toksin yang terkumpul dalm badan?
Jawapan mudah, DETOKS. Amalan detoks adalah satu-satu cara yang paling berkesan untuk singkirkan toksn dalam badan secara semulajadi.



Sebenarnya badan kita sendiri sudah pun ada ejen detoks iaitu ginjal,, hati sistem perkumuhan.. jadi kenapa kita masih perlu buat detoks?

Dengan sokongan dari diet detoks, sistem badan dan organ-organ menjadi lebih kuat, dan kita boleh mengembalikan semula tenaga, meningkatkan ketajaman mental dan berasa lebih fokus. Bonus yang dinanti-nantikan oleh mereka yang nak kurus pula adalah pengurangan berat badan.

=======================================
Baca juga >> Nak kurus: Detox lebih penting dari Diet
Baca juga >> Kepentingan Detox Badan Untuk Kurus Cara Selamat & Betul
Baca juga >> 8 Tanda Badan Perlukan Detoks
=======================================

Ibarat macam kereta la..Mahal mana pun kereta tapi tetap kena servis bila sampai masanya. tetap kena tukar minyak hitam. Sama juga lah dengan badan kita. Tanpa sokongan tambahan iaiatu detox plan, badan kita mungkin ditenggelami oleh toksin dan akan menjejaskan kesihtan keseluruhan.

Semakin lamabtoksin kekal di dalam badan kita, semakin besar kemungkinan mereka akan merosakkan organ-organ dan memberi kesan buruk kepada fungsi tubuh. Detoksifikasi adalah cara yang mana kita boleh mengurangkan beban toksik pada badan kita dan mengoptimumkan prestasi organ detox badan sendiri.

Jadi jangan pandang sebelah mata tentang Detoks. Tidak keterlaluan kalau saya katakan ia mampu memanjangkan umur anda.

Macam mana nak detoks?
Boleh follow entri-entri seterusnya ya..saya akan share tentang detoks ni lagi. Bgi yang nak sertai program detox dengan ummi khasnya utk ibu menyusu boleh hubungi ummi 

SHAKLEE Independent Distributor
Nurul Aziyana (ID 886587)
No Tel: 012-9576172
Email: ummi_anayiza@yahoo.com
COD area: Indera Mahkota, Semambu, Air Putih, Permatang Badak, Bukit Rangin, KOTASAS, UIA, Kuantan



No comments: