Thursday, September 29, 2016

Perniagaan Yang Memberi Keuntungan Tidak Kira Musim. Peluang Untuk Mereka Yang Nak Berhenti Kerja

Nak berhenti kerja? Tapi bimbang, risau, gusar dan takut tidak cukup sumber kewangan untuk tampung kehidupan selepas berhenti kerja. Cara terbaik, libatkan diri dengan perniagaan. Tapi terlalu banyak sumber perniagaan, nak pilih yang mana satu? Silap pilih, prinsip dan etika hidup tergadai. Semua impian nak berhenti kerja dah hancur musnah, terpaksa pula hidup dengan hutang yang menimbun dek kerana gelojoh dengan kekayaan yang dicanang oleh para scam.


Jadi apa perniagaan yang selamat? Yang boleh memberi keuntungan tidak kira musim? Yang ada jaminan? 

Ramai orang nak kaya tapi nak dengan cara yang mudah. Tak buat apa-apa  tapi collect keuntungan. Ibarat ahli tidur. Sampai masa terima untung. Persoalannya, sampai bila boleh terima keuntungan? 

Ramai juga terjebak dengan perniagaan sebab terikut-ikut dengan kawan. Nampak kawan dah kereta besar, rumah besar, melancong sana-sini. Sedangkan kawan tu dah terjebak dengan skim kaya sekejap. 

Jadi nasihat ummi, berhati-hati lah dalam memilih perniagaan. Terutama kalau memang tak pernah lagi terjun dalam dunia bisnes. Tak tahu lagi liku-liku orang bisnes macam mana. Dan alang-alang nak cuba biarlah perniagaan tu konsisten bukan lompat sana lompat sini. Kerja lompat-lompat ni katak je layak buat. Kita manusia ni sewajibnya patut lebih bijak dari katak la. 

Ok ummi cerita pengalaman ummi sebelum ummi buat bisnes Shaklee dari tahun 2012 hingga sekarang masih menten dengan bisnes ni. Alhamdulillah. 

Ummi memang ada DNA bisnes jugak kot. Sebab family ummi memang kebanyakan bisnes. Dari atuk, abang, adik, sepupu. Tapi disclaimer, jangan kata orang xde DNA bisnes tak boleh bisnes. Bisnes ni proses belajar. So sesiapa pun mampu untuk belajar selagi akal masih waras. Melainkan kalau disahkan gila. 

Mula-mula berbisnes, ummi start dengan jual barang-barang baby. Jual baju baby, jual botol susu, storage susu, soft toys dan mainan kanak-kanak. Stok barangan diambil dari supplier yang beli di China. Idea nak join bisnes ni datang masa dalam cuti berpantang bersalinkan Husna. Dek kerana suka beli baju-baju masa tu, biasalah keterujaan mak baru dapat anak why not beli lebih dan jual. Mula-mula ok la baju habis terjual. tapi bila dah lama-lama, dengan stock lambat sampai, kena pre-order, lepas tu ada yang tak habis jual terpaksa buat acara lelongan pula. Keuntungan dah tak seberapa, tapi penat yang dapat.


kenangan page facebook semasa menjual baju-baju baby


Selepas bisnes baju baby, ummi berjinak-jinak pula dengan bisnes jahitan. Nak kata pandai menjahit tu tidaklah mahir sangat tapi ummi ni memang suka benda-benda yang berseni. Jadi ummi cuba-cuba jahit beg, porch, draw string dan baby quilt. Permintaan baby quilt paling tinggi. Almaklum kain baby quilt memang cantik-cantik dan menggoda jiwa. Sanggup bangun jam 3 pagi untuk siapkan tempahan tapi nampaknya tak bertahan juga. Menjahit memang seronok tapi bila ada anak kecik, bekerja lagi lama kelamaan tak dapat nak bagi komitmen penuh. Hasil pula bergantung kepada tempahan. Dan nak buat tempahan kene mengadap mesin jahit. Tak boleh buat kerja lain.


kenangan page facebook semasa menjual kain cotton

Boleh tengok hasil jahitan ummi kat SINI dan SINI 

Nampak tak fleksible di situ untuk ummi.

Lepas tu ummi buat pula bisnes jual makanan. Jadi dropship. Jual marshmellow..tapi masalah timbul bila jual makanan ni adalah jangka hayat makanan yang cepat rosak. Tanggung rugi jugalah di situ. Jadi out of list berniaga makanan ni.

Akhirnya ummi jumpa bisnes yang sangat fleksibel, sustain dan menguntungkan tanpa mengira musim,tanpa risau memikirkan stok yang tak habis, stok yang rosak dan boleh memberi peluang kepada ummi untuk atur masa ummi antara kerja dan bisnes. Yang paling best sekali, bisnes ni ummi boleh wariskan pada anak-anak nanti. Dan perancangan ummi, inilah bisnes yang ummi akan usahakan betul-betul agar ummi dapat peluang untuk berhenti kerja suatu hari nanti.


Sebenarnya secara tidak sengaja juga ummi terjebak dengan bisnes Shaklee ni. Bukan suruhan sesiapa. Bukan suruhan upline pun. Dek kerana minat berbisnes jadi ummi cuba-cuba jual product Shaklee. Lepas makan sendiri dan rasai keberkesanan product, why not cuba kan.

Dan sepanjang terlibat secara langsung dalam perniagaan Shaklee, ini yang ummi jumpa:
  • produk Shaklee bukan setakat memang berkesan, tetapi juga dijamin berkesan. Shaklee berani jamin sebegitu kerana setiap produknya dibangunkan hasil kajian saintifik yang solid. Inilah kelebihan Shaklee berbanding produk lain. Jadi, kita sebagai pengedar tidak perlu jual agama (makanan sunnah lah, disebut dalam Quran lah, etc), memburuk-burukkan produk jenama lain mahupun menipu demi menghasilkan jualan.
  • Ummi mahir dalam bisnes secara online. Hasilnya,ummi boleh mengerjakannya dari mana-mana & bila-bila masa. Sangat fleksibel bagi ummi yang terikat dengan kerja, anak-anak kecik yang mintak perhatian sokmo.
  • orang sentiasa menggunakan produk kesihatan seperti Shaklee; bukan seperti perniagaan biskut atau baju raya yang mungkin cuma ada sales pada musim-musim tertenti sahaja. Selagi masyarakat sedar kepentingan menjaga kesihatan, selagi itulah juga jualan boleh dihasilkan. Ini bermakna, bonus jualan juga lebih konsisten setiap bulan dan memang ummi tak pernah gagal dalam mendapatkan bonus jualan setiap bulan. 
==============================================================
Baca juga >> Mudahnya Jana Income Dengan Shaklee: Saya Bimbing Untuk Hidup Selesa Di Bandar
==============================================================

Lebih menarik, kita tidak perlu bersusah-payah membangunkan produk (sebab saintis Shaklee dah bekerja untuk hasilkan produk terbaik bertaraf dunia), tidak perlu pecah kepala fikir apa lagi produk nak jual (sebab staff Marketing Shaklee dah buat demand research produk apa yang paling orang cari & perlukan) dan kadang tu tak payah pun fikir urusan penghantaran produk ke pelanggan (sebab benda ni pun Shaklee dah buatkan untuk kita).
Pendek kata, kita dah outsource banyak perkara sampai boleh fokus kepada urusan pemasaran & marketing sahaja. Boleh focus untuk bantu downline-downline untuk bina empayar mereka seperti ummi. 
Jadi bagi sesiapa yang mencari apa perniagaan yang palign best, palign selamat dan yang penting menguntungkan tidak dilupa bercita-cita nak dapatkan income yang stabil sebelum berhenti kerja , Shaklee ada peluang yang sangat cerah. Kalau tak cerah, ummi pun turut tersungkur. Tapi masih gagah berdiri meneruskan bisnes ni setelah 4 tahun dan akan teruskan sampai bila-bila insyaaAllah

==========================================================
Baca juga>> Bagaimana nak jadi pengedar Shaklee dan Buat Duit dengan Bisnes Vitamin
==========================================================

Nak sertai bersama team ummi? Cecepat hubungi ummi untuk mulakan impian uolls

SHAKLEE Independent Distributor
Nurul Aziyana (ID 886587)
No Tel: 012-9576172
Email: ummi_anayiza@yahoo.com
COD area: Indera Mahkota, Semambu, Air Putih, Permatang Badak, Bukit Rangin, KOTASAS, UIA, Kuantan

No comments: