Monday, November 21, 2016

Kluang Rail Coffee : Best Coffee In Town Rugi Tak Singgah

Penggemar kopi memang wajib singgah sini untuk pekena kopi best in town ni. Yang tak suka kopi pun kompem akan jadi tersuka punya lah. Ummi lah tu! Tak pernah-pernah order air kopi kalau makan kat luar, tapi bila datang sini memang order kopi tarik.


Menu mantap kat sini adalah kopi dan roti bakar.

Pergghhhhh tak mampu nak habaq oiii dia punya sedap tu. Fuhhh memang wallah!

Ummi jalan-jalan ke Batu Pahat last weekend, saje nak imbau semula kenangan kat sana. Hampir 7 thaun menetap kat sana memang seronok sangat. paling seronok bab makan la. Banyak makanan best kat sane. So pergi kali ni memang food hunting je lah.

Ummi duk kat Hotel Pintar, Parit Raja. Boleh baca review hotel kat SINI 

2 hari kat sana memang terjah Kluang Rail Coffe ni walaupun hotel yang ummi duduk tu ada disediakan brekpes. Punye la kempunan sangat-sangat kan nk pekena kopi n roti bakar kat situ. Suami pulak memang hantu kopi so apa lagi.

Nak cari Kluang Rail Coffee ni mudah je. Btul-btul di stesen keretapi Kluang. Actually dia ada 3 cawangan di Kluang tu. Tapi yang 1st punye yang dekat Stesen tu la. Memang penuh hari-hari. Sebab tu lah kalau sape yang datang Kluang ni, memang rugi sangat la tak singgah sini.


Hari 1st ummi order kopi tarik. Sekali hirup perghhhhh..orang tengok pun kompem takkan percaya ummi ni tak suka kopi. Tapi bila minum kat sini tetiba pulak macam coffee lover gitu. Terangkat beb! Ikutkan nafsu makan nak oder lagi secawan. Hari ke2 order kopi ais pulak. Pun best..sekejap je dah habis secawan..hihihihi


Menu special roti bakar. Ada banyak jenis roti. Hari 1st makan roti bun bakar inti kaya dan butter. Hari kedua kitrg order roti panjang pulak. Dua-dua memang sangat melting rasanya. Makan pulak cicah telur half boil..fuhhhh tangkap leleh!.


Ni cara ummi makan roti bakar. Cicah dengan telur half boil



Kalau kt stesen ni, ada juga jual nasi lemak 90 sen, mee sup, mee johor dan mee soto. Cekodok ikan bilis dia pun best. Jadi boleh juga nak order dan kalau nak beli kopi pun boleh. Ada 2 jenis kopi, kopi serbuk dan kopi uncang. Yang serbuk RM16 dan yang uncang RM12.50. Agak-agak nak bancuh kopi sendiri kat rumah boleh la beli. Kaya plak home made tau..pun ada dijual.


Harga?

Murah beb! Memang affordable sangat. dah la sedap kan. Memang puas hati puas perut :)
Ni harga hari ke2 pergi. Murah kan?


Jadi sape2 yang ke Batu Pahat ke Parit Raja ke or Kluang ke singgah la makan sini. Berbaloi baloi.

Lepas kenyangkan perut, jangan lupa telan Omega Guard dan Lecithin. Kasik nyah kelolestrol yang tak diperlukan. Dan minum air kosong banyak-banyak ya.


Nak order vitamin untuk kesihtan? Boleh hubungi ummi

SHAKLEE Independent Distributor
Nurul Aziyana (ID 886587)
No Tel: 012-9576172
Email: ummi_anayiza@yahoo.com
COD area: Indera Mahkota, Semambu, Air Putih, Permatang Badak, Bukit Rangin, KOTASAS, UIA, Kuantan



No comments: