Friday, November 18, 2016

Review Hotel Bajet : Hotel Pintar Parit Raja Batu Pahat

Wiken lepas kami 1 family angkut sekali dengan pak mertua dengan adik ipar buat short vacation pi jalan-jalan tempat penuh nostalgia ku iaitu di Batu Pahat. Kami pegi 2 hari je. Sepanjang 2 malam kat sana, kami menginap di Hotel Pintar. Memang pintar hotel ni, hotel bajet tapi memang sangat puas hati.

Gambar diambil dari web http://www.hotelpintar.my/

Very reccommended!

Itu yang ummi boleh cakap. Hotel Pintar ni letakknya di Parit Raja. Bagi yang dah pernah ke Parit Raja, or yang dulu-dulu belaajr kat UTHM uolls kompem tau jalan nak ke Taman Melewar. Haa, hotel ni kt simpang nak masuk ke taman tu lah. Betul2 tepi jalan. Signboard nya besar so kompem mata uolls akan nampak.

Tak tahu Taman Melewar, uolls boleh gunakan Kolej Jururawat Parit Raja sebagai landmark. Hotel ni depan Kolej Jururawat tu. Kalau dari Ayer Hitam, jumpa bandar Parit Raja dulu. Then go staright dont corner-corner, uolls akan jumpa hotel ni sebelah kiri sebelum sampai ke UTHM.

Alah payah sangat uolls guna je google map ok! Waze pun boleh la kot. Ummi guna gugel maps je baisa..tapi hotel pintar ni tak sempat guna maps dah jumpa.

Ummi amik 2 bilik since bawak pak mertua dgn adik ipar kan.
1 bilik standard double room
1 bilik deluxe triple room

Deluxe triple room

Nak booking hotel ni boleh guna Booking.com, Trivago.com, Agoda.Com atau traveloka. Uolls compare la dulu harga2 dari web ni. Dan boleh juga call terus hotel. Mana yang paling murah, itulah yang uolls pilih. Kena extra effort sikit la ye untuk penjimatan :)

Yang best harga adalah include breakfast. Tapi hari tu ummi tak turun breakfast pun sebab kitorang rela pergi Kluang semata-mata nak pekena coffee dan roti bakar best in town. 2 hari pulak tu breakfast kat sana. Mau termimi-mimpi kalau tak amik peluang ke sana bila datang parit raja ni. Nanti ummi up entry pasal tempat brekpes best di Kluang ni ek.

Ok balik pasal Hotel Pintar ni, ni review dari bilik deluxe triple room ummi. Biliknya boleh dikatakan luas jugak lah. Katil yang twin pun besar. Lengkap dengan peti sejuk kecik. Toilet pun tema green. Siap ada pack toiletries. Overall memang cukup puas hati duk hotel ni.

Sengih lebar Umar :) 

Dak kecik ni dah mula explore safety box

Cukup lengkap macam hotel 5 star dan sangat bersih



Ada tingkap sebelah bilik air

Free pack - ubat gigi berus gigi shower cap, pencukur, putik kapas. 2 hari stay, 2 pack dapat  

Overall memang terbaik hotel bajet ni. Jadi kalau nak stay kt parit raja ni, uolls duk la hotel ni. Berbaloi2. Kalau nak ke kedai makan pun, kat depan hotel ada. Jalan kaki 10 langkah pun sampai.

Next entry kita review Kluang Railway Coffee plak ye ↿☕🍜



Baca juga >> Kelebihan Bisnes Shaklee : Trip Percuma Ke Orlando Sebagai Reward


SHAKLEE Independent Distributor
Nurul Aziyana (ID 886587)
No Tel: 012-9576172
Email: ummi_anayiza@yahoo.com
COD area: Indera Mahkota, Semambu, Air Putih, Permatang Badak, Bukit Rangin, KOTASAS, UIA, Kuantan

1 comment:

Faiz Saaid said...

Oklah biasa hotel yang cantik, mungkin ingatkan tadi toilet dia flush sendiri lepas kita berak, tuh memang pintar, ataupun tv tertutup sendiri masa kita dah tidur