Sunday, January 1, 2017

Tahun Baru 2017 Dijangka Lebih Bagus?

Dengan rasminya kita berada di tahun 2017 hari ni. Alhamdulillah semoga dengan asbab Allah lanjutkan usia sehingga sampai pada tahun 2017 ni menjadikan kita hamba yang lebih bagus lebih istiqamah lebih cemerlang berbanding tahun lepas. 


Melangkah tahun baru ni biasa lah kan kita semua sibuk dengan resolusi baru, matlamat dan target baru. Macam dah diciptakan begitu. Asal tahun baru matlamat baru..ekekekeke..ape jadi dengan matlamat tahun lepas? Semua dah dicapai ke? Tak capai carry ke tahun baru ye dak? 
Ibarat kata kawan fesbuk Kak Yana,  Tuan Ahmad Taufik: 

Azam saya 2017 adalah nak settlekan azam 2016 yang terbengkalai pada 2015 sebab tangguh pada 2014 yang tak jadi tahun 2013 dan tak terlaksana pada 2012 yang plannya pada tahun 2011!

Fuh senafas.....semput 😅

# Korang jangan gelak. Rasa macam sama je kita ni. 😁

Hahahaahhahha adeh bersyukur lah ada insan yang boleh buat lawak untuk kita tumpang gelak hiburkan hati. 

Apapun Kak Yana pun nak coretkan juga dalam blog ni impian ummi untuk tahun 2017 ni. 
Seingat Kak Yana tahun 2016 nak kumpul duit sebab tahun 2017 ni nak travel. Eceh. Alhamdulillah terlaksana la juga impian 2016 tu. Bukan acah-acah je tau. Mesti buat. 


Jadi target tempat nak travel kali ni adalah Korea,Jepun dan nak umrah Mekah madinah. InsyaaAllah kalau ada rezeki kewangan mencurah-curah lagi kita shoot to Ausee. Waaah main obersea saje kau jah! 

Actually kan ni bukannya stok orang-orang kaya je yang travel obesea ni. Tapi orang-orang yang suka travel ni tanda dia rajin dan komited dalam usaha. Hahaha mohon jangan muntah hijo. Logik lah. Nak travel perlukan ongkos. Nak ongkos kena kerja seh. Kerja kuat jana income. Ngerti?

Lagi impian kak Yana nak mahir dan pakar dalam ilmu Personal Branding dan Copywriting. Kak yana nak hadam nota-nota cikgu yang ajar ilmu ni betul-betul. Semoga Kak Yana jadi lebih fofular berbanding tahun 2016. Ahakss. Walaupun kelihatan sedikit poyo tapi ok what?


Dan Kak Yana target setiap hari boleh istiqamah baca yassin, al waqiah dan al mulk. Nampak gaya kena buat checklist ni untuk tick done or not. 

Lagi, semoga Kak Yana sangat aktif untuk jadi blogger tegar. Tahun lepas performance Kak Yana dalam blogging tak memberangsangkan. Entry sikit. So tahun ni nak banyakkan lagi entry kebabom. Itu yg semnagat ni 1st day mengarang. Ekekekeke. Semoga esok dan hari2 mendatang pun muncul jiga entry-entry baru. 

Sebagai orang bisnes, target Kak Yana pun mesti lah ada kan. Kak Yana nak lahirkan lebih ramai leader dalam group kak Yana. Ya Allah semoga Kak Yana dapat macam2 idea nak bantu anak-anak buah Kak Yana dan mampu buat untuk grow akan lagi empayar. Doakan Kak Yana sampai ke rank Master Coordinator tau. 

Ok la itu saje resolusi penting kak Yana setakat ni. Kita plan dulu plan tindakan untuk semua ni. Yang penting action. No action no talk. Giteww. Semoga impian2 uolls pun dipermudahkan Allah untuk dilaksanakan. 

Apepun pastikan tahun 2017ni kita lebih sihat lebih cantik lebih matang. Nak sohat cantik, dengan Shaklee segalanya pasti. Jadi kalau uolls nak product yang dijamin selamat dan berkualiti tinggi,pasti berkesan boleh hubungi Kak Yana tau. Nak jana income ?pun boleh. 

Nurul Aziyana 
Id 886587
012 9576172
Cod area : Indera Mahkota,Bukit Rangin , Semambu dan Kuantan

2 comments:

Faiz Saaid said...

semoga kehebatan kak yana bersama sama prof fahmy terbang bersama husna dan adiknya

Nur Zahirah & Hafizan Lutfi said...

moga tahun baru ini membawa kegembiraan dan kejayaan